.

Wednesday, December 30, 2009

New year


Terasa cepat masa berlalu. Sehari lagi kita akan melangkah ke tahun baru,selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. MasyaAllah semakin meningkat usiaku. Tiba2 fikiranku melayang ke masa2 yg lalu. setiap kali turun memancing pasti hasil tangkapan amat memberangsangkan, berbeza dengan waktu sekarang ini, dari pagi sampai kepetang bahkan sampai kemalam sekalipun hasilnya seekor dua saja, tu pun ada yg dilepaskan, sebab tak cukup matang. Apa yang berlaku sebenarnya kepada sungai2 kita ni.. dimana ikan2nya ?. Jawapannya bagi aku mudah saja, sungai kita dah tercemar dan ikan2nya dah pupus!!. Dan yg paling trajis sekali ialah sikap kita sendiri. Tujuan apa kita memancing. Rata2 kalau diajukan soalan ini, jawapannya adalah hobi. Dimanakah kita letakkan diri kita, pemancing @ pembunuh ikan?. Tetapi yg menghairankan aku,ada segelintirnya, kononnya hobi tadi, dah jadi macam nelayan pula yang menyara hidup dengan hasil sungai @ laut, kaut semua apa yg ada didalam perut sungai, kecik besar semua sapu. Nelayan tu pun tak tamak macam hobi kononnya tu. Cukup sekadar sesuap nasi anak bini sehari-hari. Uhhh... dasyat sungguh golongan hobi nih!!. Pernah aku jumpa dengan golongan tamak ni, sewaktu mengail kat sebuah sungai di daerah selangor, beberapa bulan yg lepas. Tak yah sebut le kat ner. Cukup lengkap set pancing, set memukat, set menjala semua ada, cuma takde set bom & tuba jer.. hasil tangkapan dia owang uhh..2 guni beras cap rambutan yg 10 kg hampir punuh, semua saiz ikan ada, dari besar betis sampai ibu jari, tapi yg banyak, besar ibu jari jer, bila ditanya hasilnya. Jawapan yg standard. "Ade le sikittt" aduhhh... Aku pun borak2 dgn salah seorang dari geng tu, tanya dari mana, keje kat ner?. Jawapan dari Key El, keje pelukis plan (arkitek), sorang lagi keje bank, rata2 5 orang geng tu keje bukan cikai 2 le.Uuhh bukan nelayan dia orang nihh..patut le sebiji Pajero & Stom paking kat luar. Aku tanya ikan yang banyak nih watpe?. "Makan!! kalau tak abis bagi kat jiran sebelah umah!!". Member dia yg sorang lagi menyambung.. "Jiran tak nak, bagi kat kucing jer!! Uuuu..Mulianya hati dia orang nih. Bebuku hati aku dibuatnya. Oooo.. baik hati konon sampai habis kazanah sungai nih koang kerjakan.. tu sehari kalau berhari2 . Hampass.. kowang nihh.. perosak kazanah alam.. So kita pikir le tujuan sebenar kita memancing, memang setiap pemancing mahu hasil tagkapan yang banyak & lumayan. Tapi kita pikir, banyak untuk hari ini je ke @ untuk selama-lamanya. Aku percaya kebanyakkan pemancing hari ini semuanya berdisiplin, berwawasan & berilmu. Walau apa pun yg berlaku saban tahun, jadilah pemancing yg bertauliah & sentiasa maju. Kembangkan & dalami teknik memancing, supaya pemancing tanah air kita setaraf dengan pemancing2 negara barat. Akhirnya semoga hobi ini dapat diwarnai oleh jenerasi akan datang. Cintai bumi kita ,sungai kita & laut kita. Selamat memancing & Selamat Tahun Baru.

No comments:

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.