.

Monday, November 01, 2010

Citizen



Citizen code nombor Np 4009- 54 e, made in Japan. Jam ni aku nak lepaskan dgn rega Rm 600.00 net. Untuk peminat2 jam Citizen sajer... haaa.haaa... Nanti aku boh gambo cek citi ni banyak2. Untuk ketika ni kowang layan je ler 2 gambo kat bawah ne....







Features of this watch

  • Automatic movement
  • Mineral glass
  • Stainless steel
  • WR100/10bar
  • See through case back
  • Day & date
  • Push button buckle
  • Screw case back

Sunday, October 24, 2010

Berbisa & beracun



Stone Fish
Ikan ini mungkin antara yang terhodoh tetapi ianya adalah antara ikan paling berbisa di dalam dunia.Jika terpijak durinya kemungkinan kaki mangsa terpaksa dipotong. Bisanya akan menjadikan anggota mangsa lumpuh dan tisu-tisu anggota tersebut akan mati dan jika tidak diberi rawatan segera dalam tempoh beberapa jam kemungkinan mangsa akan maut.
Ikan ini ditemui di perairan cetek di Lautan Pasifik.




Fugu Pufferfish
Ikan Fugu/Fuku dalam bahasa Jepun ini adalah hidangan makanan laut yang terkenal di Jepun dan Korea tetapi masalahnya spesis ini adalah antara paling beracun di dunia.Hidangan ikan buntar ini hanya boleh disediakan di restoran tertentu dengan chef bertauliah sahaja.



Racun dari ikan ini akan menyebabkan mangsa kebas di mulut dan bibir, pening, muntah-muntah, degupan jantung yang kencang, sukar bernafas dan lumpuh anggota badan.Kebanyakan mangsa akan maut selepas 24jam. Statistik menunjukkan 20 kematian daripada 44 kes dari tahun 1996 sehingga 2006, dan semua kes adalah di Jepun.


hah... brader2 kail, berhati2 lah semasa turun kelaut... @ mata kail anda terlekat ikan2 yang tersenarai kat atas tu...


Friday, October 15, 2010

1 juta !!!



1 JUTA
US Dollar
Gewang!!!





Sanggupkah anda menggunakan Gewang ini yang berharga 1 Juta daripada MacDaddy's Fishing Lures ini yang diperbuat daripada 100 karat berlian ( 4,753 biji ) dan 18 karat emas dan sepanjang 30cm ini.



Antara produk lain daripada Macdaddy's Fishing Lures yang diperbuat daripada 14 karat emas.

FUHHHH...!!! Giloo...


Tuesday, October 12, 2010

B day Abah


Selamat menyambut ulang tahun ke 63 Abah...




semoga diberikan kesihatan yang berkekalan, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu.. Amin....


haaa.. mak suap kek..


abah ngan Ashraf


cek Nan ngan Wama pon ada


atok punya b day, cucu2 pon cibok nak tiup lilin...


sambutan di buat sederhana jer kat umah aku pada 10/10/10 , walau ringkas tapi best... tima kasih semua




atee... moh.. kite layan lagu & penyanyi pojaan abah ni... A Ramlie ler...



















Tuesday, October 05, 2010

Ciptaan Maha Agung...


'Pelik Tapi Benar', itu ungkapan yang sesuai digambarkan bagi senarai beberapa hidupan air di bawah ini yang mendiami perairan di bumi ini. Dengan bentuk dan rupa yang tidak pernah dibayangkan oleh kita membuktikan ciptaan yang maha agung, tuhan yang maha esa Allah ( S.W.T ).



Cartilaginous Fish


Chimaeras( Ghost Shark)


Colossal Squid


Dragon Fish


Fangtooths Fish


Grenadiers Fish


Hand Fish


Megamouth Shark


OarFish


Pelican Eel


Sea Robin



Viper Fish


SubhanAllah...


Thursday, September 30, 2010

Berbisa & Beracun ( part 1 )


Pemenang pertama haiwan air yang paling berbisa jatuh kepada Box Jellyfish. Sejak dari tahun 1954 seramai 5,567 orang dilaporkan mati akibat spesis obor-obor ini.Racun dari spesis ini antara paling berbahaya di dalam dunia. Racun atau toxinnya akan menyerang jantung, sistem saraf dan sel-sel kulit. Paling menakutkan jika terkena toxinnya, mangsa akan mengalami kesakitan yang amat perit, kekejangan dan jantung gagal berfungsi dan mati sebelum mangsa sampai ke pantai. Mangsa yang terselamat pun akan menderita kasakitan selama berminggu-minggu.
Mangsa sengatan hanya akan terselamat jika diberi rawatan serta-merta iaitu sebelum 30saat, iaitu dengan meletakkan cuka di luka sengatan. Ini adalah kerana cuka mengandungi asid asetik yang dapat menyekat toxin daripada memasuki saluran darah mangsa.
Box Jellyfish ini selalunya ditemui di perairan Asia dan Australia.





Blue-Ringed Octopus ini hanya bersaiz bola golf tetapi bisanya boleh membunuh manusia.Toxin bagi seekor spesis ini boleh membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit dan sehingga sekarang tidak ada antidot/penawar.
Sengatannya tidak mendatangkan kesakitan tetapi toxinnya bertindak pantas dengan melemahkan otot-otot,badan menjadi kebas, kesukaran bernafas dan akhirnya membawa maut.
Spesis ini banyak ditemui di perairan lautan pasifik dari Jepun ke Australia.


Friday, September 17, 2010

Reel Otai...



Haahh... cuba kowang teka ler reel ape... ??




brass gold plated handle ?, green body ?, alloy spool ?..... nanti aku preview. uhhh.. dasat... reel nih..


Sunday, August 22, 2010

Wings

vokal terbaik Mus.. Power...







ni lagi satu layan.. sentimentoll...


Sunday, June 06, 2010

Kelah Sungai Slim



4hb Jun 2010
, Abah memperolehi seekor kelah di Sungai Slim. Kelah anggaran 700 gram berjaya diperolehi di satu lubok yang tak diduga.. haa.. lepas ni boleh try cuba test lagi kat lubok nih.. huu.. Sungai Slim memang ada Kelah, tapi nak memperolehinya uhh.. sukar.. sebab sifat kelah yang memang sensitif, memperolehinya satu kejayaan & kebanggaan ler.. pas nih aku akan kelubok tu.. mencuba nasib... tapi satu yang perlu dilakukan semasa mengendap kelah. perlu senyap... umpan yang sesuai set joran yang sesuai, kalau ada kelah dikawasan itu insyaallah bolehlah bertarung dengannya... kepada kaki pancing yang belum merasa rembatan sang kelah ...heh cubaler...




nin dia kelah Sungai Slim. Masak gulai tempoyak sodappp...


Lubok some way ? klu didedahkan uhhh.. abih anak pinak ikan ni...


Sunday, May 23, 2010

Cardinal 154





Abu Cardinal 154, reel terpopular & termacho taun 70an dolu2. Juga dikenali dengan nama abu katak, aaa.. sebab apabila spool dipusing bunyi crookk.. yang melampau akan terhasil. haaa. Pada peminat2 & pengumpul reel abu, siri cardinal inilah yang payah dijumpai kat tanah melayu ni, dolu taun 70an memang banyak, belambak2.. Memang payah nak dapat.. aku dapat reel ni pon melalui sahabat aku yang belajor kat France.. tima kasih.. Wak turbo ...haa.. cayaa.. uhhhh.. payah nak dapat condition yang cun camni.. kat ebay pon nasib2 jer ada.. condition ehh.. lingkup..





aaa.. tengok condition diaa.. cunn...




tengok lagi..



Stiker.. uhhh.. 99.9% cantik, ori .. tau.. tak de dijual dikedai sparepart moto ke kete.. kat giant lagiler tak der.. haa.haa...


Garcia Cardinal 154 Abu Sweden.. body dibina dari bahan cast iron, padat & mantop.. Tulisan logo garcia warna merah tu hanya untuk taun 70 hingga 80an.. old skool..



ehh. ada lagi tupai pahlawan dari Swedan nii...




Drag sistem, rata2 siri cardinal dolu2 mempunyai drag di bahagian belakang... seksi tuu..



Ori.. Built By Abu Sweden.




Pinion shaft.. tegap & mantop..





Abu katak, tak pecaya ?? cuba aku pusing spool tu.. CROOKKKK.... haa.. kowang tak bulih pusing.. tengok jeer..



Tu.. lambang keramat The Royal Abu, dasat ooo..





Complete ngan box set masih tersimpan rapi ... ha.. jatuh cinta..??



sold: musa
keramat


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.