.

Saturday, March 22, 2014

Simurai..



Pencarian untuk tahun 2014 bermula dengan seiko Samurai oren SBDA 005. Alhamdulillah sekian lama sebenarnya memburu akhirnya berjaya.. Didatangkan dari negara asalnye Jepon akhirnya bulan 2 yg lepas tarikh tak ingat dah.. sampai jua keTanah Malayu...he.he.. syukur..!!


 walau berstatus preowner namum kondisi keseluruhan boleh dikatogarikan like new  perghh...!! tip-top. complete set dgn kotak & surat..Dengan gelaran Prospex siri JDM yg di beri untuk jam ini sememangnye berbaloi untk diburu.




  Siri Samurai ini boleh dikatakan unik kerana rekabentuknya. kalau dibandingkan dgn keluaran seiko diver yg lainnye, samurai ini memiliki badan yg bersegi & tajam. mungkin inilah sebab ia diberi jolokan samurai yg tajam seperti pedangnye... haha.. entahlah ..!! Diproduksi pada taun 2008 & menggunakan engine 7s25 made in Japan, adalah biasa2 sahaja. tetapi dengan binaan badan mengunakan meterial Titanium menjadikan ia sedikit luar biasa.



 Simurai oren ini dikatogarikan sebagai yg berprofile tinggi pada peminat2 seiko diver kerana sangat sukar untuk menemuinya berbanding warna hitam. Semestilah jika berjaya memilikinya amatlah bertuah.. emmm..!!



  Jam tangan yg menepati citarasa aku, selain rupa bentuknya yg unik kedudukan crown pada pukul 3 adalah ciri2 klasik kebanyakan jam2 tangan lainnya. Ia lari sedikit dari kebiasaan model2 lain seiko diver dimana crown adalah pada pukul 4. Reka bentuk marker indek bersegi & tetingkap tarikh sahaja cukup memberi padanan yg sempurna pada keseluruhan jam. woww!! disarung dengan tangan yg dempak &  gempal, woww..!! ganda 23 kali lagi. wallaweii..



• Ref: SBDA005
• Movement: 7S25 21J Automatic
• Case: Titanium
• Crystal: Hardlex
• Lumi Brite
• Accuracy: -35/+45 sec per day
Water proof: 200 m water resistance for divers
• Anti-magnetic
• Power reserve: 41 hours
• Diameter: 42 mm (without the crown)
• Weight: 117g
• Thickness: 13.7 mm
• Screw-down crown



 Alhamdulilah satu lagi koleksi seiko divers oren untuk peti simpanan jam.. peewittt...!!

 .

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.