.

Sunday, October 24, 2010

Berbisa & beracun



Stone Fish
Ikan ini mungkin antara yang terhodoh tetapi ianya adalah antara ikan paling berbisa di dalam dunia.Jika terpijak durinya kemungkinan kaki mangsa terpaksa dipotong. Bisanya akan menjadikan anggota mangsa lumpuh dan tisu-tisu anggota tersebut akan mati dan jika tidak diberi rawatan segera dalam tempoh beberapa jam kemungkinan mangsa akan maut.
Ikan ini ditemui di perairan cetek di Lautan Pasifik.




Fugu Pufferfish
Ikan Fugu/Fuku dalam bahasa Jepun ini adalah hidangan makanan laut yang terkenal di Jepun dan Korea tetapi masalahnya spesis ini adalah antara paling beracun di dunia.Hidangan ikan buntar ini hanya boleh disediakan di restoran tertentu dengan chef bertauliah sahaja.



Racun dari ikan ini akan menyebabkan mangsa kebas di mulut dan bibir, pening, muntah-muntah, degupan jantung yang kencang, sukar bernafas dan lumpuh anggota badan.Kebanyakan mangsa akan maut selepas 24jam. Statistik menunjukkan 20 kematian daripada 44 kes dari tahun 1996 sehingga 2006, dan semua kes adalah di Jepun.


hah... brader2 kail, berhati2 lah semasa turun kelaut... @ mata kail anda terlekat ikan2 yang tersenarai kat atas tu...


Friday, October 15, 2010

1 juta !!!



1 JUTA
US Dollar
Gewang!!!





Sanggupkah anda menggunakan Gewang ini yang berharga 1 Juta daripada MacDaddy's Fishing Lures ini yang diperbuat daripada 100 karat berlian ( 4,753 biji ) dan 18 karat emas dan sepanjang 30cm ini.



Antara produk lain daripada Macdaddy's Fishing Lures yang diperbuat daripada 14 karat emas.

FUHHHH...!!! Giloo...


Tuesday, October 12, 2010

B day Abah


Selamat menyambut ulang tahun ke 63 Abah...




semoga diberikan kesihatan yang berkekalan, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu.. Amin....


haaa.. mak suap kek..


abah ngan Ashraf


cek Nan ngan Wama pon ada


atok punya b day, cucu2 pon cibok nak tiup lilin...


sambutan di buat sederhana jer kat umah aku pada 10/10/10 , walau ringkas tapi best... tima kasih semua




atee... moh.. kite layan lagu & penyanyi pojaan abah ni... A Ramlie ler...



















Tuesday, October 05, 2010

Ciptaan Maha Agung...


'Pelik Tapi Benar', itu ungkapan yang sesuai digambarkan bagi senarai beberapa hidupan air di bawah ini yang mendiami perairan di bumi ini. Dengan bentuk dan rupa yang tidak pernah dibayangkan oleh kita membuktikan ciptaan yang maha agung, tuhan yang maha esa Allah ( S.W.T ).



Cartilaginous Fish


Chimaeras( Ghost Shark)


Colossal Squid


Dragon Fish


Fangtooths Fish


Grenadiers Fish


Hand Fish


Megamouth Shark


OarFish


Pelican Eel


Sea Robin



Viper Fish


SubhanAllah...


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.