.
Showing posts with label shimano. Show all posts
Showing posts with label shimano. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Shimano Bantam



Shimano antara jenama peralatan memancing yg tersohor seantero dunia. Nama2 seperti Tiagra, TLD, Antares, Calcutta, Titanos, adalah antara kekili menegak yg popular bagi para pemancing. Salah satu model kekili menegak yg aku rasa ramai yg tak tau, adalah Shimano Bantam. Model Bantam ni dikeluarkan sekitar awal taun 80an. Skang ni model Bantam dah tak keluar lagi , so sesiapa yg ada model ni dah kira vintage le. Aku pun adeler koleksi Bantam nih.. salah satunya kat bawah ni & untuk dijual ... Kowang tengok ler gambo2 Bantam 1000 Plus kat bawah ni & kalu berminat dengan model Bantam nih sila hubungi aku.



















Model : Shimano Bantam 1000 Plus.
Buatan : Japan
Condition : Baru.
Harga : Rm500.

Kepada yg berminat utk memilikinya Email aku :
mrLoose_74@yahoo.com.my
@ tinggalkan masej di ruangan comment.

Monday, January 04, 2010

Shimano GT-R



Shimano, nama peralatan mengail yg gah & tak asing bagi kaki2 kail seantero dunia. Di asaskan oleh Shozaburo Shimano yg bertapak di Jepun, pada taun 1921, adalah sebuah kilang besi yg menggeluarkan gear basikal. Pada taun 1970 shimano mula mengeluarkan peralatan memancing dengan tertubuhnya Fishing Tackle division. Sehingga kini shimano terus menguasai hampir 40% product peralatan memancing di Malaya, apabila terbinanya kilang di Mersing pada taun 1996. Selain di Malaya, banyak Principal Subsidiariesnya di serata dunia. Antara reel2 yg banyak dipasarkan di Malaya sekitar awal taun 90an adalah dari Korea & Singapore. Dimana Singapore adalah kilang pengeluaran product yg pertama di Asia selain Jepun sendiri yg ditubuhkan pada taun 1973. Nama2 seperti Bait Runner, Twin Power, Bio Master, Tiagra, Stellar, "uhhh.. mat2 gigging mesti teruja nyer" ...& lain2nya adalah reel berkualiti tinggi yg mesti ada dlm koleksi para peminat reel jenama dari negara matahari terbit ni. Kira top le si Mano nih huu... Kat bawah ni aku adele satu koleksi shimano, Principal Subsidiariesnya yg berkualiti tinggi.






Shimano Titanus Tomorrow GT-R 500. Keluaran taun 1988. Merupakan antara koleksi reel kesayangan aku.



Bukan kereta sja yg ada GT-R (Gran Turismo Racer) Shimano ni pun ada. Boleh follow. Huu.hu..



Body dibena daripada bahan graphite supaya ia ringan & tahan lasak. Aku dah jarang guna reel nih sebab sayang, cuma sesekali guna untuk casting saje. Sayang wooo..




GR-R 500 dgn kotak bungkusan, buku panduan pengguna & bunjut reel,masih tersimpan elok. uhhh.. jgn marah... haaaaa.



Ruang letak spool menampakkan Pinion shaft yg besar. GT-R le katakan, untuk racing jarak jauh tuuu..



Cuba peratikan perkataan shimano, ianya ditempa timbul pada penutup spool.Arghhh.. Memang cun..


Logo & nama pun timbul. uhh...tergoda dibuatnya.


Rear Drag system yg mudah dikendalikan.


Mesin yg baik dgn nisbah gear 5.2:1, ringan, kukuh & pengendalian yg mudah. Memang 5 star.


Made in Korea. Principal Subsidiares Shimano yg terbaik.

.

Saturday, December 12, 2009

shimano reel

shimano baitrunner ni pon dh 14 taun usia dia,harga masa tu lebih kuang rm2++,beli kat kedai nyonya Behrang,dulu kedai pancing ni memang famous la pada kaki2 kail,bleh dikatakan satu malaya tau kedai nih..sebab harga murah,pada masa tu orang kl,ipoh,nilai N9 pun tau kedai nih..skang aku dah lama tak menjengok kat kedai nyonya nih..sebab skang kedai pancing dah banyak yg menawarkan harga yg murah2,pas tu semua made in China.Nak yang ori&kualiti kena belanja kasar sikitle bebb.

Baitrunner 4500 3 ball bearing ,graphite titanium.
Ori..Made in Singapore,masa tu shimano belum ada kilang di malaysia..skrang semua baitrunner made in Malaya. Shimano ni dah kira special colletion aku.
.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.