.

Thursday, December 24, 2009

Rapala

Salam..arini aku nak posting mengenai gewang Rapala..nama yang tak asing bagi kaki2 kail seantero dunia..Bermula pada taun 1936 di negara Finland,Lauri Rapala mula mencipta gewang pertama beliau.Dengan menggunakan gabus & dibalut dengan lapisan timah (tinfoil) & disalut menggunakan cairan drp nagetif film,maka bermulalah jenama Rapala yg gah hingga sekarang.Original Floating adalah gewang yang pertama di komersialkan & menggunakan kayu Balsa.Nama2 seperti Magnum,Shad Rap,Husky Jerk,Count Down,Tail Dance, adalah antara gewang2 killer bagi kaki2 casting.Kat pasaran Malaya skang dah takde lagi Rapala ori made in Finland,leh dikatakan semua adalah made @ assemble in Estonia.. untung2 leh dapat made in Ireland dah kira ok..rata2 rega gewang ni antara rm 20-40 ikut saiz..klu yang made in Fin' uhh..dah tentu beganda2..Bukan apa, bagi aku kualiti sesuatu barang yg dibuat di tempat asalnya adalah jauh lebih baik bebanding dibuat ditempat lain..disamping boleh dijadikan sebagai collection..barang yg susah nak dapat itu lah yg tinggi nilainyer..Nama Rapala ni kira pioneer, leh dikatakan gewang lagenda le.. so korang belek2 le 'Lapala' koang, kut2 ada yang ori made in Fin 'uhh..leh simpan bikin pusaka..ha..ha.. So kat bawah ni aku uploadkan gambo collection "Lapala" aku.

Original Floating, 18cm kod warna SFC (silver fluorescent chartreuse)



Made in Finland. Beli kat Kelang, dah lupa nama kedai tu..ni le satu2 yg tinggal utk model ne ..apa lagi terus sambar le..



Rapala CD-10, Magnum Red Head.gewang killer untuk tenggiri.



"Banyak yang menyerupainya, tapi tiada yang dapat menandingginya"!! fuhhh.. dasatt..

Made In Finland.. cun lagi beb..ni kira speacial collection aku.tak pakai lagi ooo..sayang.


Lauri Rapala.. Klu korang perasan gambo dia ni ada kat kotak rapala yg sekarang ni. Akan datang, aku posting koleksi yg lain plak.

No comments:

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.