.

Wednesday, December 30, 2009

New year


Terasa cepat masa berlalu. Sehari lagi kita akan melangkah ke tahun baru,selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. MasyaAllah semakin meningkat usiaku. Tiba2 fikiranku melayang ke masa2 yg lalu. setiap kali turun memancing pasti hasil tangkapan amat memberangsangkan, berbeza dengan waktu sekarang ini, dari pagi sampai kepetang bahkan sampai kemalam sekalipun hasilnya seekor dua saja, tu pun ada yg dilepaskan, sebab tak cukup matang. Apa yang berlaku sebenarnya kepada sungai2 kita ni.. dimana ikan2nya ?. Jawapannya bagi aku mudah saja, sungai kita dah tercemar dan ikan2nya dah pupus!!. Dan yg paling trajis sekali ialah sikap kita sendiri. Tujuan apa kita memancing. Rata2 kalau diajukan soalan ini, jawapannya adalah hobi. Dimanakah kita letakkan diri kita, pemancing @ pembunuh ikan?. Tetapi yg menghairankan aku,ada segelintirnya, kononnya hobi tadi, dah jadi macam nelayan pula yang menyara hidup dengan hasil sungai @ laut, kaut semua apa yg ada didalam perut sungai, kecik besar semua sapu. Nelayan tu pun tak tamak macam hobi kononnya tu. Cukup sekadar sesuap nasi anak bini sehari-hari. Uhhh... dasyat sungguh golongan hobi nih!!. Pernah aku jumpa dengan golongan tamak ni, sewaktu mengail kat sebuah sungai di daerah selangor, beberapa bulan yg lepas. Tak yah sebut le kat ner. Cukup lengkap set pancing, set memukat, set menjala semua ada, cuma takde set bom & tuba jer.. hasil tangkapan dia owang uhh..2 guni beras cap rambutan yg 10 kg hampir punuh, semua saiz ikan ada, dari besar betis sampai ibu jari, tapi yg banyak, besar ibu jari jer, bila ditanya hasilnya. Jawapan yg standard. "Ade le sikittt" aduhhh... Aku pun borak2 dgn salah seorang dari geng tu, tanya dari mana, keje kat ner?. Jawapan dari Key El, keje pelukis plan (arkitek), sorang lagi keje bank, rata2 5 orang geng tu keje bukan cikai 2 le.Uuhh bukan nelayan dia orang nihh..patut le sebiji Pajero & Stom paking kat luar. Aku tanya ikan yang banyak nih watpe?. "Makan!! kalau tak abis bagi kat jiran sebelah umah!!". Member dia yg sorang lagi menyambung.. "Jiran tak nak, bagi kat kucing jer!! Uuuu..Mulianya hati dia orang nih. Bebuku hati aku dibuatnya. Oooo.. baik hati konon sampai habis kazanah sungai nih koang kerjakan.. tu sehari kalau berhari2 . Hampass.. kowang nihh.. perosak kazanah alam.. So kita pikir le tujuan sebenar kita memancing, memang setiap pemancing mahu hasil tagkapan yang banyak & lumayan. Tapi kita pikir, banyak untuk hari ini je ke @ untuk selama-lamanya. Aku percaya kebanyakkan pemancing hari ini semuanya berdisiplin, berwawasan & berilmu. Walau apa pun yg berlaku saban tahun, jadilah pemancing yg bertauliah & sentiasa maju. Kembangkan & dalami teknik memancing, supaya pemancing tanah air kita setaraf dengan pemancing2 negara barat. Akhirnya semoga hobi ini dapat diwarnai oleh jenerasi akan datang. Cintai bumi kita ,sungai kita & laut kita. Selamat memancing & Selamat Tahun Baru.

Monday, December 28, 2009

Ryobi VS

Ryobi adalah antara jenama yg tak asing bagi peminat2 reel & alatan memancing negara matahari terbit, Japan. Bermula seawal taun 70an hingga ari ni jenama Ryobi masih berada dipasaran.Oleh kerana kos pembuatan yg tinggi maka kebanyakkan reelnya kini di kilangkan di China.. cuma design & patentnya saja dari Japang.. kira ok le tu..


Ryobi Cynos Vs 1500 ZM-T. Gear ratio 1: 5.2, 3 ball bearing, di lengkapi dgn multi-point stopper system. uhh.. memang selesa digunakan, ditambah dgn nisbah gear yg laju & berat badan cuma 315 gram saje. uuuh...memang bestt...


Model Cynos ni masih lagi dikeluarkan, cuma warna body berbeza & dikilangkan di China.


Ryobi Cynos VS 1500, packing box & user manual.. cun lagi!!.


Semestinya , Made in Japang..

Sunday, December 27, 2009

Rapala 2

Ari ni 27hb Disember teem Slimver, Abah, Ayiq, Yat & Yoi ke Ujung Rintis, memburu si jenggo... terlepas aku trip kali nih, apa leh buat ada urusan di Key El..uhh.. ku doakan semoga kowang bejaya menjinakkan si jenggo.. amin!! apa2 pun sebelum aku dapat cerita & gambo menarik dari dia owang, aku sambung posting koleksi "Lapala" aku.



Rapala Finnish Weedless Minnow Spoon, di perbuat dari stainless steel untuk digunakan di air masin, merupakan jenis minnow spoon keluaran rapala yang jarang kita jumpa lagi skang ni, sebab rapala menghentikan penggeluarannya pada taun 2002. Mungkin kuang sambutan gamaknya ianya di hentikan pengeluarannya. Kat Malaya ni aku pun tak tau sejauh mana keberkesanannya.. emm... klu ada otai2 kail tu yg tau atau penah gunakannye, bolehle kongsi pengalaman @ comment...!!



Bentuk Weedless yg unik,aksi renanggannya memang cantik..


Species yg hampir pupus kat Malaya!!. Made & Printed in Finland.




Species yg telah pun pupus kat Malaya. Rapala CountDown Special 9cm. kod warna GFR (Gold Fluorescent Chartreuse). Dibuat menggunakan kayu Balsa. Model ni aku dapat kat kedai pancing jln Kuchai Lama, belek punya belek inile satu2nya yg tinggal untuk model ni.. uuu... rejeki aku.


Gewang untuk mencandat sotong.Mungkin ramai kaki kail yg junior2 tak penah tengok model nih..kan?. klu sesiapa yg ada imformasi tentang species ni bleh kita kongsi bersama @ Comment!!.


Rapala CountDown Made Of Balsa, Made in Finland.. Antara special collection aku.

Saturday, December 26, 2009

Memancing dalam hujan

26hb Disember, boring duduk di rumah.....lebih baik cari pot mancing. Aku, Abah, Udin, Yat ke satu lokasi memancing yg populer kat area Slim ni... Lokasi jambatan gantung sungai Slim. Keluar rumah dah jam 3.30ptg.....hari pun mendung....kekadang gerimis.....boleh mancing ke nih?!.. Tapi, bila dikata 'kaki pancing" hujan ke, apa ke, redah jer... Sampai dilokasi rupa-rupa dah ada penunggu... Huh...hujan2 camni pun ada orang...lagi hebat!!! Siap pasang umpan, pancing pun dilabuh. Tunggu le kalau-kalau ada rembatan...hujan mulai turun renyai2. Tak lama...lepas tu pancing Abah bergoyang, sentapan pertama seekor Lampam, selamat didaratkan. Hujan2 pun ok, ini tanda sudah baik. Tak lama pastu, kail Yat digetu ikan. Naik sekor lagi Lampam. Bertambah yakin pot ini boleh mendatangkan hasil. Tiba2 hujan turun dengan lebat.....kelam-kabut cari tempat berlindung. Mujur ada tempat berlindung di bawah jambatan. Tak lama lepas tu, hujan lebat pun berkurangan. Kami pun pasang umpan baru... Apalagi, tak sampai 10minit pancing Udin direntaaaaaap kuat.. Fuhh..Rong rupanya. Senyum sampai ke dagu si Udin....haha....

Lokasi jambatan gantung.

Inilah lubuk Lampam.

Umpan yang digunakan.

Satu lagi lubuk Lampam.

Hasil pertama Lampam...

Rong.

Udin bergaya dengan Rong kebanggaannya.

Lampam Abah....



Oleh kerana langit semakin mendung, kul 6.00ptg kami pun beransur pulang...Ok gak mancing hari nie!! -

Abah

Salam.semalam aku balik Slim ,ada kenduri naik buai anak buah aku, Amira Faiqah 5 bulan.so aku lepakle kat slim 2 hari, kumpul adik beradik,sembang2 topik utama biasale "mengail"...dok syok borak2 abah menunjukkan gambo terbaru mancing kat sungai Perak baru2 ni..ok gak klu aku posting cerita abah nih.. Menurut abah pot ni sebenarnya, pot yang agak famous bagi kaki2 kail kat Kuala Kangsar nihh.. pernah beberapa penggail mendaratkan kelah di pot ni.. rekod terberat kelah di sini 4kg uhhh.. kira dasyat nih....setakat lampam tu owang kampung ni dah tak pandang lee.. Lokasi ni sebenarnya berhampiran umah atuk aku jee.... klu korang nak tau kat sinile lokasi pengambaran film Lang Buana.. famous kampung aku nihh hu..hu...Oleh kerana komitmen kerja jadi kita owang jarang menjengok pot2 disini..almaklumlah jauh kat Kuala kangsar nun....InsyaAllah ada kelapangan kita owang team slimver akan turun kesana. So kat bawah hi aku postingkan gambo abah melepas rindu kat pot hihh..


ni le hasilnyer baby lampam..sekor je..ha.haa.

Thursday, December 24, 2009

Rapala

Salam..arini aku nak posting mengenai gewang Rapala..nama yang tak asing bagi kaki2 kail seantero dunia..Bermula pada taun 1936 di negara Finland,Lauri Rapala mula mencipta gewang pertama beliau.Dengan menggunakan gabus & dibalut dengan lapisan timah (tinfoil) & disalut menggunakan cairan drp nagetif film,maka bermulalah jenama Rapala yg gah hingga sekarang.Original Floating adalah gewang yang pertama di komersialkan & menggunakan kayu Balsa.Nama2 seperti Magnum,Shad Rap,Husky Jerk,Count Down,Tail Dance, adalah antara gewang2 killer bagi kaki2 casting.Kat pasaran Malaya skang dah takde lagi Rapala ori made in Finland,leh dikatakan semua adalah made @ assemble in Estonia.. untung2 leh dapat made in Ireland dah kira ok..rata2 rega gewang ni antara rm 20-40 ikut saiz..klu yang made in Fin' uhh..dah tentu beganda2..Bukan apa, bagi aku kualiti sesuatu barang yg dibuat di tempat asalnya adalah jauh lebih baik bebanding dibuat ditempat lain..disamping boleh dijadikan sebagai collection..barang yg susah nak dapat itu lah yg tinggi nilainyer..Nama Rapala ni kira pioneer, leh dikatakan gewang lagenda le.. so korang belek2 le 'Lapala' koang, kut2 ada yang ori made in Fin 'uhh..leh simpan bikin pusaka..ha..ha.. So kat bawah ni aku uploadkan gambo collection "Lapala" aku.

Original Floating, 18cm kod warna SFC (silver fluorescent chartreuse)



Made in Finland. Beli kat Kelang, dah lupa nama kedai tu..ni le satu2 yg tinggal utk model ne ..apa lagi terus sambar le..



Rapala CD-10, Magnum Red Head.gewang killer untuk tenggiri.



"Banyak yang menyerupainya, tapi tiada yang dapat menandingginya"!! fuhhh.. dasatt..

Made In Finland.. cun lagi beb..ni kira speacial collection aku.tak pakai lagi ooo..sayang.


Lauri Rapala.. Klu korang perasan gambo dia ni ada kat kotak rapala yg sekarang ni. Akan datang, aku posting koleksi yg lain plak.

Monday, December 21, 2009

Daiwa 100x

Salam,minggu lepas adalah minggu yang paling sibok dlm idup aku,mana taknya isteri kesayanganku bersalin,3 ari ulang alik kesepital uhh..lotih...apa2pun syukur segalanya dah selamat,isteri ku skang dah berpantang kat kampong dia,Melake..bujang le aku..huuu..sunyi le plak'sowang2.Boring2,so bleh sambong posting koleksi reel aku..
Daiwa Silver Series 100x dibeli pd taun 1997 beli kat Kampong Baru Subang .Potongan badan sama dgn model BG yg ada kat pasaran skang.bleh di katakan bentuk clasic spining reel daiwa.Sasaran utama reel ni,pancing sungai @ pancing udang,sebab ia di katogerikan sebagai light weight(kelas ringan)jarang aku guna di laut,ada pun guna untuk Appolo.


Daiwa Silver 100x dgn packing box&user manual,masih tersimpan rapi. cun lagi...
User manual.Bulih ke dapat spare part utk model ne skang..??

Made in Japang.

Thursday, December 17, 2009

Cahaya mata ke duaku..

16 besember 2009 kul 4 1/2 pg putera kedua ku selamat dilahirkan.kedunia ini.allhamdullillah isteri&anakku selamat&sihat..fuhh...dah bertambah zuriatku,alhamdullillah syukurrr,.kesian kat isteri ku tpaksa beranak sorang2 sebab aku kat umah tido,tak sempat nak dtg,kul 3 pg isteri ku tipon dah sakit2,aku ingat mungkin sempat sampai pagi so bulih aku dtg,tup2 dapat call dari sepital bgtau isteriku dah selamat besalin hah...tekejut ungka' aku, nglabah aku terus kejut anak sulung aku pi sepital.respek kat isteriku dapat menghadapinya tampa aku disisinya .I le biu Sayang..!Skrang isteri &anak aku masih di tahan dalam wad, ada masalah dgn baby,sbab baby kena amik antibiotik,insyaallah hari jumaat mungkin leh kuar..tepaksale berulang alik ke sepital Selayang hari2.memang letih tapi seronok,excited nak tengok baby..
gambar diambil 1 jam selepas dilahirkan..


my wife and baby..


baru 1 jam dah buka mata..UUU..Cayang papa...




Wednesday, December 16, 2009

Sepit biru UJUNG RINTIS

ABAH..dengan sibiru tapi size s je.
Mr Loose..sedang menunggu si JENGGO


Oktober 2008 satu trip memancing telah di rancang.Sasaran kami sisepit biru aka jenggo.Lokasi kami ialah Ujung Rintis,pot memancing sisepit biru yang sangat dikenali disekitar Teluk Intan.Kami dari team " SLIMVER" terdiri dari Aku,Abah,Udin,Ayiq,Kerol,Yat,Yoi .Kami bertolak selepas subuh dari rumah menuju lokasi...dalam kepala hanya teringat sisepit biru aja......Sampai kelokasi jam 8.00 pagi terus kelubuk pilihan dengan bot yang tersedia menunggu.
Jam 5.00 petang beredar pulang.Letih tapi seronok ..tapi maaf le gambar-gambar Jenggo banyak dah ter.."delete" SLIMVER"..akan terus bercerita tunggu......
.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.