.

Sunday, December 27, 2009

Rapala 2

Ari ni 27hb Disember teem Slimver, Abah, Ayiq, Yat & Yoi ke Ujung Rintis, memburu si jenggo... terlepas aku trip kali nih, apa leh buat ada urusan di Key El..uhh.. ku doakan semoga kowang bejaya menjinakkan si jenggo.. amin!! apa2 pun sebelum aku dapat cerita & gambo menarik dari dia owang, aku sambung posting koleksi "Lapala" aku.



Rapala Finnish Weedless Minnow Spoon, di perbuat dari stainless steel untuk digunakan di air masin, merupakan jenis minnow spoon keluaran rapala yang jarang kita jumpa lagi skang ni, sebab rapala menghentikan penggeluarannya pada taun 2002. Mungkin kuang sambutan gamaknya ianya di hentikan pengeluarannya. Kat Malaya ni aku pun tak tau sejauh mana keberkesanannya.. emm... klu ada otai2 kail tu yg tau atau penah gunakannye, bolehle kongsi pengalaman @ comment...!!



Bentuk Weedless yg unik,aksi renanggannya memang cantik..


Species yg hampir pupus kat Malaya!!. Made & Printed in Finland.




Species yg telah pun pupus kat Malaya. Rapala CountDown Special 9cm. kod warna GFR (Gold Fluorescent Chartreuse). Dibuat menggunakan kayu Balsa. Model ni aku dapat kat kedai pancing jln Kuchai Lama, belek punya belek inile satu2nya yg tinggal untuk model ni.. uuu... rejeki aku.


Gewang untuk mencandat sotong.Mungkin ramai kaki kail yg junior2 tak penah tengok model nih..kan?. klu sesiapa yg ada imformasi tentang species ni bleh kita kongsi bersama @ Comment!!.


Rapala CountDown Made Of Balsa, Made in Finland.. Antara special collection aku.

No comments:

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.