.

Sunday, April 25, 2010

Abu Cardinal 4 ( Green Liner )



Abu Garcia Cardinal 4,
keluaran taun 80 an. Reel diperolehi di Jepon, semasa aku berkursus di sana taun lepas. Arioto.. mr James Pakuaka.. kerana simpankan aku reel nih.. Ha.haa.. Nanti kalu aku pegi sana lagi ko keluarkan lagi reel2 lama yng ko ada, bolehh..




Siri Abu cardinal yang sukar ditemui sekarang. Kebanyakkan siri Cardinal yang ada di pasaran malaya adalah dari China. Cut cost.. murah... Kualiti mamang tak sama dengan original buatan Sweden atau Jepon, beza amat berbeza. Otai2 kail tau punyer kan.. tu sebab otai2 rata2 tak pakai Abu Cardinal yang ada skarang sebaliknyer mereka guna Abu Ambassadeur ( kekili menegak ), kerana rata2 siri Ambassaduer adalah dari Sweden.



Cardinal 4 keluaran taun 80 an masih belum aku test drive lagi.. sebab terasa sayang plak nak buka label dekat kaki reel tu. Almaklumlah reel lama cantik kalau berkeadaan original, macam 30 taun dolu. Jadi tempatnyer dalam lemari perhiasan je la gamaknyer.



Made in Japan.




New old stock. Abu Garcia





Carbon Graphite spool jenis push button & brass pinion shaft. mantap.






Huhh.. Old skool.. kan.??


Wednesday, April 21, 2010

Baby Monster



Seiko 5 sport
, nama glamour, anak gergasi ... erkk..!! tarikh lahir ..lupa.. ??Tempat lahir, jepon. No. surat beranak Snzf49J1. Warna kegemaran oren. Hobi diver 100 meter. No kp 7s36. Ukuran badan 45mm dengan mahkota, 41mm tampa mahkota. Aktiviti masa lapang lepak dalam kotak.. ha.ha.. Jom syok2 layan gambo baby oren ni..



Baby monster, siri hebat edisi 5 oleh Seiko. Reka bentuk yang menarik, tegap, mantap gagah perkasa, sesuai dengan gelarannyer..



Paras rupa hampir menyamai original monster..




"Sekali.. tulis arabb da..." made in Japang, pasaran untuk negara timur tengah.. payah jumpa kat tanah melayu nee..





Jom layan lagi posing2 lupa diri si oren nih..


Nah bazel besar gedabak.. haa.. macam sport rim 16 inci laa..



7s36 inside



Solid stainless steel dengan seiko signature pada bracelet clasp.




Part yang paling aku suka kat Baby Monster nih.... luminous, terang gila.. dengan maker besar.. sebatu dah nampak.. uuu.. syokk..




Lepak2 dalam kotak..



Nah.. amik lagi.. posing maut menggoda..



Cunn...



Lawa..




Machoo.. syok pakai pi jalan2. hensemm.. jer rasa... kuh..kuhh..


Detail
:
  • Seiko Snzf 49 J 1 Made in Japan.
  • Automatic movement
  • 7s36 caliber
  • 23 Jewels
  • Orange dail
  • 100 meter water resistant
  • Hardlex crystal glass
  • Stainless steel with push button clasp
  • unidirectional rotating bazel
  • 45mm with crowm, 41mm with crown case diameter
  • Super luminous hand & markers

Saturday, April 17, 2010

Seiko?? Oren??



Haa.. seiko datang lagi...
warna oren tu aku belum preview lagi. .. Nanti aku boh gambo2 posing tonggang-tebalik si kaler oren tu..



Oleh kerana badan den lotih.. harini takdolah gamba2 seksi seiko oren tu.. tapi takpo, untuk menenangkan jiwo & rago jom layan lagu bluesss.. kek bawahnih.. haah.. sleng negeri 9 aku. hu.. hu..




Saturday, April 10, 2010

Renovation




10 hb. Sabtu, hari ni aku sibok kat umah baru.. almaklumlah grill pintu yang ditempah dah siap.. so dah boleh pasang..



Kerja2 pemasangan grill sedang dijalankan.


Susah nak pasang grill ni kalau bukan pakar.. nampakjer senang..



Wireman, en Hussien.. pas ni banyak lagiler khidmat en Hussien diperlukan, sebab banyak lagi peralatan yang perlu dipasang.. uuuhh.. bukan sikit belanja untuk sebuah rumah baru rupanyer.. macam2 nak ubah kalau boleh.. excited, umah barule katakan.


.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.