Friday, May 17, 2013

Bullhead..!!

.



Seiko Bullhead.. salah satu koleksi wajib para peminat @ pengumpul jam seiko vintage.. kalu takda model ni memang tak sah.. bertempat di Amcop 3 minggu lepas aku bertemu dgan penternak bullhead ni.. mr Liau..bukan1 atau2 dibawa, tapi 8 ketul besi lama ni di bawanya.. ha.. amik kauu..


Bullhead wooo... banyaknyer,,!! amacam kira ini tokey.. kira kilo ke kira kepala..?


Kira ekorla.. haa..haa..


 ehh... senyum nampak..tokey... mr Liau boleh digelar king of retro seiko... bukan sahaja bulhead tapi banyak lagi koleksi vintage seiko kat dia ni.


  Kepala kerbau.. untuk dipinang... hantarannyer... rm1+++.  ha.. kalu nak harga terbaik tanya tokey..


  dibelek2.. diusap2... dihembus2...


dan...
 

akhirnya... yang ni aku bawa balik.. all genuine.. untuk santapan nurani... huu..huu.. power.!!
.

Tuesday, April 16, 2013

Hey You...!!





Pink Floyd ( cover ) by Ben carlstrom. sapu bersih.. Gitar, bass, drum, keyboard, vokal, mixing & mastering semua dia sapu.. terbaik tribute to Pink Floyd.





Paling best... dari FTG. Album Made In Malaysia vol 1. tahun 1999. korang cari album nih... koleksi terbaik lagu-lagu rock klasik era70, 80 & 90an..sini .  Untuk kepuasan yang maksimum sila guna headphones @ earphones & full volume... haa... perghh... layan pepagi buta ni sambil belek2 jam... kuii..kuii...

.

Tuesday, March 12, 2013

Endangered Species


.



Seiko 7002-700J pepsi bezel, water 150m resist 17 jewels. Ia merupakan jenerasi ke4 seiko professional / recreational ISO-rated automatic diving watches, tidak termasuk untuk ketogari selaman dalam ( deep diving) .Walaupon species ini datangnyer dari  tahun 1988-1996, sekitar 20 tahun berlalu tidak seperti abg2nya 6105, 6309 yg jauh lebih veteran. Namun menemuinya dalam keadaan yg 100% tulin & condition yang baik adalah sukar.



Species yg diancam kepupusan ini tak di ketahui berapa bilangannya di Tanah Malayu ni.. kerana diketaui model ini hanya hidup di negara sejuk ( Japanese home market version) kalu ada kat Malaya nih, tu mesti kes masuk curi-curi.. hee.hee..



 7002 pepsi ini secara kebetulan aku temui pada seorang apek yg agak berumur di sebuah kedai  jam di Key eL perghh.. ada stail.. sejarahnya dia beli jam ni di Temasik (Singapore ) taun 90an dulu. Aku tanya," kenapa uncle beli ini jam? dia jawab "wa beli ini jam subab walena melah bilu cantikkk maa..!!. merujuk kepada bezel pepsi.



 Aku tanya uncle tu lagi, " banyak pandai uncle jaga ini jam aa.!! dia jawab," wa pakai ini jam yalan-yalan saje. tatak pakei pelegi kileja..!! ooo patutlaa.. cantik lagi. "apek kileja apa.? "wa lulu kileja driver loli, selalu pelegi itu singapore tulun balang oo.. sikalang wa sulah pencen luluk lumah.. ! oo driver lori uncle ni. "Uncle tau ini jam apa ka.? "wa tauu.., seko.. mulah punya jam..!!, murah... hampeh apek ni dalam hati aku. "jual sama saya mauka uncle?, "aiyaaa... sulah buluk pun lu mauka?, yala uncle saya pun suka dia punya walena melah bilu ni. cantik woo..! Itulah antara dialog aku ngan uncle lingkungngan 70an tu, sehingga aku berjaya racun uncle tu jual kat aku. haa.haa.. TQ uncle. tocee..tocee..


 
Jadi kesimpulannyer kalau anda beli jam kerana kecantikan & keunikan seninya, maka keaslian ( genuine ) jam tersebut akan terus wujud untuk jenerasi seterusnya. Sebaliknya kalau beli jam itu semata untuk membaca waktu pakai pi kerja lenjan hari2, walau sehebat mana jenama jam itu, pasti keaslian & ketulinannya akan lenyap ditelan waktu.

Ha..  7002-700J fourth genaration seiko divers version, pepsi bezel.. 100% genuine. Collector item seiko.. Rare. SoLd




 sold to : en Sharul from KL
 .  

Thursday, January 31, 2013

Orient Mako

.



 Orient Mako, CEM65002D blue dial. Siri Diver pilihan terbaik dari Orient watch. Dail biru ini antara yang sukar di temui dipasaran untuk siri Mako 1. Index dail angka 6,9,12 adalah yang jarang di temui untuk jam2 diver, kebanyakan untuk jam2 diver, index dail adalah dalam bentuk marker sahaja, inilah antara keunikan pada Mako 1.



Ringkas dan menarik dengan hand second berwarna merah dibahagian hujung memberi sedikit warna pada bahagian dail. 2 crown jenis screwed-down memantapkan lagi diver ini.




Orient Automatic Blue Mako Scuba Diver Mens Watch CEM65002D
Model No.: CEM65002D

Descriptions :
Blue Dial
Silver tone with luminous Hands and Markers
All Stainless Steel Case and Case Back
Solid Stainless Steel Bracelet 

 Signed screw-in crown, screw in date pusher

Features:
Movement Calibur In-house 469, 21 jewel
Automatic Japanese Movement
Water Resistant 200m (20bar) 

Day and date display at 3 o'clock position

Approximate Measurements :
Case Diameter: 40mm (excluding crown)
Case Diameter: 44.5mm (including crown)


Solid St,bracelet dengan logo Orient pada clasp



Orient Mako, deep blue, cunn... Rm SoLd NIb



 
Sold to. En Sufian Aziz dari Bentong


Monday, December 10, 2012

Seniman Menangis

.





Vokal mantap power... terbaikk.. 

.


Friday, November 16, 2012

6309-7040

 .

Seiko 6309-7040 Turtle for sale, head only, lagenda diver ni.. abeyy... uhhh molekk..



Penggantian parts Aftermarket telah dilakukan pada dail, hands & insert bazel supaya tahap kemaskulinan diver ni tetap terjamin. wallaweiii...






Jenama :  Seiko
Model :  6309-7040 Turtle
Buatan :  Jepun
Jewels :  17
Kemasan :  Solid Stainless Steel
Pergerakan :  Automatik
Tanda Jenama :  Dial & Backcase
Cermin :  Hardlex Crystal
Ukuran Muka :  42 mm
Kondisi :  Dalam keadaan baik & All parts berfungsi dengan elok.
Overall :  Cuunn.. naakk... SoLd



Sold to : En Shaziman bin Shamil dari N 9


Wednesday, September 26, 2012

Seiko 5 vintage


.


 Seiko 5 sports 7019-6040. 70m Proof  21 jewels



vintage 70an seiko memang tak dimamah usia, semakin tua semakin berbisa.  haaa.. cuci mata jer dulu. SoLd



Sold to  : En Erwan dari kL
 .

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012
.