.

Friday, June 17, 2011

Cardinal 3

.
.
Cardinal 3, permata hati pengerang jantung, abe2 pancing semua.. aaa.


NOS


RARE.. spicies terakhir di malaya.. diancam kepupusan gamaknyer ler.. dah tak jumpa kat mana2 kedai pancing, ah Cong ke, ah Pek ker & ah2 yg lainnyer...



Box set.. amacam ... hati dah tertawan? Rm 1500 net.

.

Tuesday, June 07, 2011

Keracunan ikan buntal

.


1. Bagaimana boleh terjadi keracunan ikan buntal?

Keracunan ikan buntal boleh terjadi apabila seseorang itu memakan ikan buntal atau hasilnya (seperti filet atau telor) yang telah dicemari racun. Terdapat segelintir masyarakat yang meminati ikan buntal atau hasilnya. Mereka lazimnya membeli ikan tersebut di pasaran atau memakan hidangan di restoran.


2. Adakah keracunan ikan buntal ini merbahaya?

Ikan buntal mengandungi racun yang menyerang saraf (neurotoxin) yang dipanggil tetrodotoxin. Maklumat saintifik menyatakan ikan buntal adalah haiwan kedua paling beracun selepas Golden Poison Frog dan 1.200 kali lebih keupayaan membunuh berbanding cyanida. Oleh kerana racun ini adalah sejenis neurotoxin, ia boleh menyebabkan kelumpuhan otot-otot penting seperti otot yang terlibat dalam proses pernafasan. Dan sekiranya ini berlaku, ianya boleh membawa maut.




3. Bagaimana ikan buntal boleh dicemari racun?

Memang tidak dinafikan ada orang yang memakan ikan buntal, tetapi tidak mengalami sebarang masalah. Di Jepun, masyarakatnya mempunyai hidangan istimewa ‘fugu’ dari sejenis ikan buntal. Di Korea pula, hidangan istimewa ikan buntal dinamakan ‘bok-uh’Di dalam ikan buntal, racun tetrodotoxin terdapat di kulit, telor(ovaries), hempedu, hati, usus dan kulit. Racun tetrodotoxin ini boleh mencemari isi ikan buntal sekiranya semasa proses menyiang ikan ini, bahagian-bahagian ikan yang mengandungi racun tersebut telah terluka/terpotong, ini menyebabkan racun tersebut terkena isi ikan.Oleh itu, penjual ikan buntal selalunya telah menyiang ikan ini terlebih dahulu dengan membuang kulit, kepala dan isi perut ikan. Hanya mereka yang mahir menyiang ikan buntal dengan kaedah yang betul dapat menyelamatkan isi ikan buntal dari dicemari racun tetrodotoxin ini. Di Negara Jepun misalnya, hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal ini. Proses memasak tidak memusnahkan racun ini kerana ianya tahan haba.



4. Apa tanda-tanda keracunan ikan buntal?

Gejala keracunan ikan buntal/hasilnya adalah berpunca dari gangguan toxin terhadap fungsi tubuh manusia. Seseorang yang memakan ikan buntal/hasilnya yang mengandungi racun akan mula mendapat gejala seawal 10 – 45 minit. Mereka akan mendapat kebas mulut dan lidah, mabuk (melayang-layang), pening, loya, muntah, lemah dan seterusnya kelumpuhan anggota, kesukaran bernafas dan boleh pengsan . Keterukan gejala yang dihadapi bergantung kepada jumlah racun yang telah dimakan dan mangsa boleh maut jika tidak dibantu.


5. Bagaimana keracunan ikan buntal dirawat?

Mereka yang mengalami keracunan ikan buntal dinasihatkan mendapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Racun tetrodotoxin ini tiada penawarnya, namun bantuan awal terhadap masalah yang dihadapi dapat segera memulihkan mangsa.Rawatan yang tidak khusus seperti tambahan air badan, menggeluarkan sisa makanan yang terdapat didalam perut serta bantuan pernafasan jika terdapat gangguan pernafasan dapat menyelamatkan mangsa.Lazimnya mangsa akan pulih sepenuhnya apabila semua gejala berakhir.




6 Dimana boleh didapati ikan buntal?

Terdapat bebagai jenis ikan buntal diperairan tepi pantai terutamanya dikawasan tropika. Sebahagian besar ikan ini sangat beracun dan sebahagian lagi dikatakan kurang beracun. Badan ikan buntal berbentuk bulat, tidak bersisik, pergerakannya perlahan didalam air dan akan mengembongkan badannya jika terancam. Ikan buntal yang sering ditangkap oleh nelayan Malaysia dinamakan Buntal Pisang. Nelayan atau ahli keluarga yang berpengalaman sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal. Proses menyiang ikan buntal melibatkan proses menyiat kulit ikan yang tebal dan liat, mengeluarkan isi perut dan membuang kepala ikan tersebut. Sekiranya secara tidak sengaja isi perut ikan tersebut terpotong, lazimnya mereka akan membuang seluruh ikan tersebut bagi mengelakkan keracunan.Di Malaysia amnya, di Negeri Johor khasnya, sebahagian masyarakat meminati isi ikan buntal yang dikatakan sangat enak. Oleh kerana ada permintaan terhadap isi ikan buntal, maka penjualannya juga berlaku walau pun tidak berleluasa. Ikan buntal dijual dalam keadaan telah di siang tanpa kepala, kulit dan isi perut atau dalam bentuk fillet .

Nasihat kepaa orang awam, Pencemaran tetrodotoxin tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana tiada perubahan warna, bau dan bentuk terhadap isi ikan yang telah tercemar. Bagi mereka yang meminati fillet ikan buntal, mereka harus berhati-hati semasa menyiang ikan. Serahkan tugas tersebut kepada mereka yang mahir sahaja.Sekiranya mereka terpaksa membeli ikan dipasaran, dapatkan bekalan dari mereka yang dipercayai. Kejujuran mereka yang menyiang ikan buntal ini sangat-sangat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.Sekiranya tanpa disedari seseorang itu telah dihidangkan hidangan ikan buntal, dan mengalami gejala keracunan seperti yang telah dinyatakan, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Pihak klinik/hospital perlu melaporkan kejadian keracunan ini kepada mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah.

Disediakan oleh:

Dr Fatimah Othman
KPP Epidemiologi
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.


.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.