.

Tuesday, March 12, 2013

Endangered Species


.



Seiko 7002-700J pepsi bezel, water 150m resist 17 jewels. Ia merupakan jenerasi ke4 seiko professional / recreational ISO-rated automatic diving watches, tidak termasuk untuk ketogari selaman dalam ( deep diving) .Walaupon species ini datangnyer dari  tahun 1988-1996, sekitar 20 tahun berlalu tidak seperti abg2nya 6105, 6309 yg jauh lebih veteran. Namun menemuinya dalam keadaan yg 100% tulin & condition yang baik adalah sukar.



Species yg diancam kepupusan ini tak di ketahui berapa bilangannya di Tanah Malayu ni.. kerana diketaui model ini hanya hidup di negara sejuk ( Japanese home market version) kalu ada kat Malaya nih, tu mesti kes masuk curi-curi.. hee.hee..



 7002 pepsi ini secara kebetulan aku temui pada seorang apek yg agak berumur di sebuah kedai  jam di Key eL perghh.. ada stail.. sejarahnya dia beli jam ni di Temasik (Singapore ) taun 90an dulu. Aku tanya," kenapa uncle beli ini jam? dia jawab "wa beli ini jam subab walena melah bilu cantikkk maa..!!. merujuk kepada bezel pepsi.



 Aku tanya uncle tu lagi, " banyak pandai uncle jaga ini jam aa.!! dia jawab," wa pakai ini jam yalan-yalan saje. tatak pakei pelegi kileja..!! ooo patutlaa.. cantik lagi. "apek kileja apa.? "wa lulu kileja driver loli, selalu pelegi itu singapore tulun balang oo.. sikalang wa sulah pencen luluk lumah.. ! oo driver lori uncle ni. "Uncle tau ini jam apa ka.? "wa tauu.., seko.. mulah punya jam..!!, murah... hampeh apek ni dalam hati aku. "jual sama saya mauka uncle?, "aiyaaa... sulah buluk pun lu mauka?, yala uncle saya pun suka dia punya walena melah bilu ni. cantik woo..! Itulah antara dialog aku ngan uncle lingkungngan 70an tu, sehingga aku berjaya racun uncle tu jual kat aku. haa.haa.. TQ uncle. tocee..tocee..


 
Jadi kesimpulannyer kalau anda beli jam kerana kecantikan & keunikan seninya, maka keaslian ( genuine ) jam tersebut akan terus wujud untuk jenerasi seterusnya. Sebaliknya kalau beli jam itu semata untuk membaca waktu pakai pi kerja lenjan hari2, walau sehebat mana jenama jam itu, pasti keaslian & ketulinannya akan lenyap ditelan waktu.

Ha..  7002-700J fourth genaration seiko divers version, pepsi bezel.. 100% genuine. Collector item seiko.. Rare. SoLd




 sold to : en Sharul from KL
 .  
.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.