.

Saturday, December 26, 2009

Memancing dalam hujan

26hb Disember, boring duduk di rumah.....lebih baik cari pot mancing. Aku, Abah, Udin, Yat ke satu lokasi memancing yg populer kat area Slim ni... Lokasi jambatan gantung sungai Slim. Keluar rumah dah jam 3.30ptg.....hari pun mendung....kekadang gerimis.....boleh mancing ke nih?!.. Tapi, bila dikata 'kaki pancing" hujan ke, apa ke, redah jer... Sampai dilokasi rupa-rupa dah ada penunggu... Huh...hujan2 camni pun ada orang...lagi hebat!!! Siap pasang umpan, pancing pun dilabuh. Tunggu le kalau-kalau ada rembatan...hujan mulai turun renyai2. Tak lama...lepas tu pancing Abah bergoyang, sentapan pertama seekor Lampam, selamat didaratkan. Hujan2 pun ok, ini tanda sudah baik. Tak lama pastu, kail Yat digetu ikan. Naik sekor lagi Lampam. Bertambah yakin pot ini boleh mendatangkan hasil. Tiba2 hujan turun dengan lebat.....kelam-kabut cari tempat berlindung. Mujur ada tempat berlindung di bawah jambatan. Tak lama lepas tu, hujan lebat pun berkurangan. Kami pun pasang umpan baru... Apalagi, tak sampai 10minit pancing Udin direntaaaaaap kuat.. Fuhh..Rong rupanya. Senyum sampai ke dagu si Udin....haha....

Lokasi jambatan gantung.

Inilah lubuk Lampam.

Umpan yang digunakan.

Satu lagi lubuk Lampam.

Hasil pertama Lampam...

Rong.

Udin bergaya dengan Rong kebanggaannya.

Lampam Abah....



Oleh kerana langit semakin mendung, kul 6.00ptg kami pun beransur pulang...Ok gak mancing hari nie!! -

1 comment:

ketutu said...

hujan pun hujan lah.... mse hujan lebat pun aku sebat

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.