.

Saturday, February 20, 2010

Tali Pancing Old Skool!!


Tali pancing
kat bawah ni semua dah kira old skool, & dah tak ujud pada zaman ni. Kebanyakan tali2 pancing zaman skang semua dah adeban (advance), sesuai dengan peredaran semasa. Tak ada yang dahulu, takkan ada yang sekarang, barang yang lama jangan dilupakan. Sesekali tengok tali2 pancing lama ni teringat zaman2 aku kecik2 dulu, uhhh.. nostalgia... Kepada otai2 pancing yang kat luar sana nun, kat bawah ni aku uploadkan antara koleksi tali2 pancing lama aku. Semoga terimbau kenangan2 lalu pakcik2 semua. Untuk golongan2 yang baru berjinak2 dengan hobi memancing nih, nah kowang tengok ler. rupa bentuk & corak tali pancing dolu2...





Tali Labi2 Ori.. Tortue made in France. 80 pound - 30 kg 100 m - 110 yds




Ni pon tali Labi2. 22 pound 2.4 kg 100 m.




Pon tali Labi2 50 pound 14 kg 100 m. Tali Tortue ni skang ada di pasaran cuma packing saja lain.



Water Queen buatan France. 30 pound. Telah pupus dipasaran Malaya, tul tak??



Luxor buatan France. 40 pound, 75 m. Pon dah Pupus..




Tali otai. Maxima Ultragreen. Made in Germany. Tali halimunan sangat sesuai untuk pancingan muara.. Tali Maxima ni masih ada di pasaran, cuma gambar di bahagian belakang ni sahaja yang takder & buatan China.



Tali Sportex speed spin de luxe. Rare Made in Western Germany (German Barat) , Dulu German Barat & Timur belum bercantum. Selepas runtuhnyer tembok Berlin pada taun 9 November 1989 barulah German Timur & Barat bersatu. uhhh sejarah ler plak... hehh..hehh.





Yang paling aku suka & special, Leska Fishing line made in Germany. Tali pancing ikan duyung.. Old skool..


2 comments:

dintahan said...

Tali legenda ni...dulu2 memang pakai tortue@labi2. Kuat gila. Sekarang tak jumpa dah...

dintahan said...

Tali legenda ni...dulu2 memang pakai tortue@labi2. Kuat gila. Sekarang tak jumpa dah...

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.