.

Tuesday, February 16, 2010

Sejarah Gewang Antik




Barang2 antik boleh mencapai harga ribuan ringgit jika kena pada nilainya,ia sentiasa dihargai & dijaga dengan sepenuh hati. Bagaimana pula dengan gewang antik? tentu ramai peminatnyer, lebih2 lagi bagi kaki2 kail. Berapa lamakah usia gewang2 simpanan anda?

Gewang pertama dicipta untuk tujuan komersial adalah seawal taun 1800.. bermakna sudah 209 taun yang lampau. Ada kemungkinan gewang2 tiruan telah wujud lebih lama dari itu kerana ia dihasikan oleh orang persaorangan & tidak pernah direkodkan.

Kebanyakkan gewang2 lama diperbuat dari bahan seperti sutera & kayu & apabila zaman bertambah maju, plastik dan getah digunakan. Terapat ribuan gewang telah dicipta, & mempunyai perbagai bentuk & corak. Kebanyakkan rupa bentuk gewang zaman dahulu banyak menyerupai bentuk haiwan seperti, ikan, udang, ulat, serangga, katak dll. Rupabentuk yang pelik & tidak terfikir oleh kita juga pun ada. Ini menunjukkan teknologi gewang telah maju sejak dahulu lagi, dimana rupabentuk seperti di atas asih digunakan sehingga hari ini.

Warna gewang juga telah dititik beratkan pada zaman dahulu, dimana banyak gewang dihasilkan dengan perbagai warna. Warna yang menjadi pilihan pembuat2 gewang pada zaman dahulu adalah warna merah di bahagian kepala, manakala dibahagian badan berwarna putih. Gewang aksi permukaan adalaah yang paling banyak dihsilkan.

Banyak nama2 gewang yang sudah berkubur kini, tapi masih ada yang kuat menongkah arus hingga kini, seperti jenama Heddon, Pflueger, Mepps, Creek Chub Bait (Pradco) & yang tersohor adalah Rapala.

Oleh kerana dewasa ini ramai generasi baru telah mula berkecimpung dalam dunia umpan tiruan (casting), maka disini bolehlah ia dijadikan sedikit imformasi bagaimanakah rupa bentuk gewang yang telah digunakan oleh zaman nenek moyang kita dahulu.




Creek Chub Baby Wiggler, keluaran awal taun 1900.


Creek Chub Antique lure the clothespin, taun 1936-1946. Perhatikan warna kepala merah (red head) telah digunakan sejak zaman dahulu lagi.


Creek Chub Lucky Mouse, keluaran taun 1929-1947. Bentuk menyerupai tikus.


Creek Chub The Scamp.Taun 1934-1953. Jenama Creek Chub ini sakarang dikenali sebagai Pradco.


Heddon Casting Weaight keluaran taun 1920.


Heddon Crab Wiggler keruaran taun 1920.


Heddon Munk Mouse taun 1940 an.


Heddon Spoony Fish keluaran taun 1930 an.


Heddon Dowagiac Tadpolly taun 1940 an.


Pflueger Lure taun 1917.


Pflueger Lure Under Water Minnow. Keluaran taun 1920 an.


Shakespeare underwater minnow. keluaran taun 1910.


Shakespeare Lure Under Water Plated Minnow. Keluaran taun 1908. Jenama Shakespeare memang telah diketahui dengan sejarahnyer yang panjang dalam arena memancing ini.


South Bend Lure Midget Surf Oreno keluaran taun 1922.


South Bend Lure The Trap Oreno 1922.



sumber : pancing & old fishing lure.

.

No comments:

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.