.

Friday, February 26, 2010

Hari keluarga & Kelah!!!


Selamat berjumpa
.....salam dari team slimver. Trip kali ini 5 orang dari slimver sekali lagi mencuba nasib di sungai perak...mencuba untuk menawan kelah. Telah banyak kali kelah idaman tak nampak hasil. Aku tak dapat pegi...balik Melaka lagi...adahal penting...


Berikut adalah catatan oleh Abah:

14 hb february, pukul 3.00 petang kami, Abah, Ayiq, Yat, Yoi, bertolak dari jeti kampung .... menuju pot pilihan yg dibawa oleh Amin. Sahingga jam 10.00 malam hanya beberapa ekor lampam dan pari yang dapat ditawan.Keletihan sangat terasa kerana dari pagi tak dapat rehat. Operasi akan disambung esok di pot lain pula.

15 hb February, hari ni masih cuti tahun baru cina.. berkumpul adik beradik....apalagi buat hari keluarga ditepi sungai... sesekali berhimpun....seronoknya.
Selesai hari keluarga kira jam 3.00 petang....team slimver terus saja ke lokasi pancing ...apalagi cuba cuba nasib kalau dapat kelah. Sebelum ini geng dari Penjara Sungai Buluh dapat tawan 2 ekor kelah... apalagi semangat team slimver pun melonjak-lonjak le.....terus cuba....
Akhirnya setelah lama menanti... abah dapat juga menawan kelah dengan mesin seahawk sm 2000 bertali 20lbs perambut 15lbs joran ofmer (m) 51/2kaki.


Kelah oleh Abah 450 gram. kira ok erk... berjaya juga akhirnya...


Lampam Ayiq.. Tunggu kisah2 menarik team slimver dalam usaha memburu kelah & expidisi sungai perak, setelah aku perolehi gambar2 menarik dari mereka..



Hari keluarga, berkelah & mandi manda. seronokkk..


2 comments:

eMMe said...

HUHUU...JELES TAU...NYAMPAH!!! ME TAKDE MASE NIH...HUWAAAA....

mrLoose said...

uu.. best.. lain kali buat ari kuarga lg ekk...

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.