.

Sunday, February 21, 2010

D.A.M





D.A.M
, siapa tak kenal !!. jenama peralatan memancing yang tersohor seantero dunia. Bermula pada taun 1875 yang diasaskan oleh dua bersaudara iaitu Oskar & Fritz Ziegenspack. Pada tahun 1902, dibawah nama German Fishing Equipment Manufacturers yang didalam bahasa Germannya Deutsche Angelgerate Manufaktur mula memasuki pasaran Eropah.

Pada tahun 1909 Otto Kuntze telah menggantikan Fritz Ziegenspack yang bersara & dibantu oleh anaknya Hellmuth Kuntze telah berjaya membawa jenama D.A.M ke Perancis, Amerika, Rusia & Jepun. Quick & Damyl adalah produk keluaran Dam yang gah sekitar tahun 60-70an, dimana Quick adalah reel pertama yang menggunakan spool mudah alih & dua arah putaran. Reel ini telah menjadi inspirasi kepada penggeluar2 lain dalam mereka-cipta reel2 mereka, termasuklah jenama Penn di Amerika. Damyl pula adalah tali synthetic pertama didunia yang dicipta oeh D.A.M.

Kegemilangan D.A.M mula merosot bermula pada tahun 1995 & pada tahun 2001 D.A.M hampir2 bankruptcy. Para pekerja2 & pelanggan2 yang setia telah bersama2 mengumpulkan dana untuk menyelamatkan company. Pada Septembar 2002 dibawah nama Neue D.A.M. International, company ini berjaya diselamatkan & terus berdiri kukuh sehingga kini.

Namun kini reel2 jenama D.A.M tidak lagi dihasilkan dinegara asalnya, cuma direka bentuk & diuji saja di German. Reel terakhir dikeluarkan di negara asalnya adalah Quick Royal MDS ( Magnetic Drag System) sekitar tahun 1994. kini kesemua produk2 D.A.M. dihasilkan dinegara2 Asia.


Dibawah ini antara koleksi2 tali pancing Damyl keluaran D.A.M yang dalam simpanan aku.



Damyl Imperial steelpower. Keluaran awal tahun 80 an.



Mimicry super 2000, juga awal tahun 80 an.



Ultra Damyl 2000 yang paling old skool. Dipasarkan sekitar tahun 70 an.




D.A.M. Made in Western Germany.


No comments:

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.