.

Sunday, January 10, 2010

Ujung Rintis 2



27 Desember 2009, Team Slimver yg terdiri daripada Abah, Yat, Ayiq & Yoi, sekali lagi ke Ujung Rintis untuk mencari sang jenggo. Trip kali ni aku tidak dapat turut serta oleh kerana ada urusan di Key El.. Almaklumlah isteri pun baru pas bersalin Uhhh..sabojeler. Trip kali ni diatur oleh Ayiq, 2 minggu lebih awal. Kebiasaan di Ujung Rintis tempahan bot memang macam goreng pisang panas . Full memanjang. Banyak cite2 yg menarik dari diaowang yg boleh dikongsi bersama. Perjalanan ke Ujung Rintis dimulakan seawal 6 pg & tiba di lokasi kul 7:45 pg. Seperti biasa tekong muda (Saiful) dah sedia menunggu. Menurut Saiful keadaan air pada hari tu tak berapa elok untuk mengail udang kerana air agak jernih, hairan juga?? tiap2 hari skang ujan pun air jernih?? Jarang air sungai Perak dibahagian hilir, sejernihni... Arghh..dunia2, semakit sukar ditafsirkan.. Emm..dalam air kita tak tau, klu ada rezeki, jernihke, kerohke, insyaAllah rezeki ditentukan tuhan. Kita layanler kisah2 & koleksi gambo2 menarik untuk trip Team Slimver kali nih..




Abah sempat bergambar di masjid jamek Kg Sungai Mangkuk sebelum sampai pengkalan Ujung Rintis.



Pengkalan Ujung Rintis, selesa & bersih. Syabas kepada persatuan nelayan disana kerana utamakan keselesaan.


Menuju lubok menyeberangi sungai perak yg luas. Enjoy..



Tungguuu...


Yat dengan hasil pertama.


Gemang 1.5 kg oleh Yoi.. Rekod tengkapan terberat untuk trip kali ini. Menurut Yoi Gemang nih nyaris2 je, maklumle guna tali kekuatan 8 paun. Sasaran utama si jenggo tapi sijanggut yg lahap.. rejekii.. Syabas Yoi kerana berjaya naikkan sijanggut.


Abah dgn jenggo pertamanya. Perhatikan panjang sepit si jenggo nih. Hampir 2 kaki. Uhhh..


Lagi sekor jenggo. Ok tu.. Kelihatan air pada aritu agak jernih. Haa..klu dah rezeki tak kemane.


Tangkapan terbaik jenggo 780 gram oleh Abah. Menurut Abah sepit biru sijenggo nih hampir 3 kaki!! Uhh.. sayang, gambar tak menampakkan sepitnya. (Perkara yg harus di ambil berat oleh jurufoto adalah kesempurnaan gambar). InsyaAllah team Slimver akan perbaikinya. Ujung Rintis sememangnya masih mempunyai stok udang galahnya yg terbaik. Team Slimver akan ke sana dalam waktu terdekat ini. Aku mesti turunn.. Mana leh tahan be..

No comments:

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.