.

Thursday, January 21, 2010

Daiwa Coronet



Daiwa Coronet 10.. keluaran taun 80an, berbentuk kecil & berat hanya 130 gram sahaja, utk kegunaan pole fishing, popular di negara2 Eropah & Japang yg bermusim salji. kat Malaya aku tak pernah tengok ada owang gunakan kekili cam nih, cuma aku jer gamaknyer yg guna utk mancing udang sekali sekala.. huu..hu.. syok woooo guna kekili ni, walau kecik tapi bunyi drag dia macam Abu Garcia, kuat woo.. skang aku dah tak guna, simpan buat special collection aku sebab susah nak jumpa kekili ni kat Malaya skang nih... yg ni pon aku kirim pada kawan aku di Japang. Kowang layanler posing2 menarik Daiwa Coronet aku kat bawah ni..






"Mahkota Kecil Daiwa 10", selepas dialihkan ke bahasa Malaya.. perghhh.. dasatt..



Berwarna hitam & Plak nama tempaan tembaga menyerlahkan ketampanannya. huu.hu..




Daiwa Seiko Inc. Tempaan timbul.. bermutu tinggi. "Jgn marah haaa"..!!




Coronet dgn kotak bungkusan, bunjut reel & grease masih tetap ku simpan rapi.


Grease pelincir pun dah kemek, almaklumlah dah 20 taun usianyer.. Ventage tuu..



Haa.. Coronet yg cinonet. Cantik untuk diletak dalam lemari cermin perhiasan aku. huuu..


No comments:

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.