.

Monday, January 18, 2010

Sungai Perak



16 hb Januari 2010, destinasi memancing adalah di Sungai Perak, Kuala Kangsor. Rancangan diatur last2 minit, Abah ajak balik kampung le plak. Uhhh.. badan loteh belum hilang lagi, almaklumlah aku bru balik dari Melaka semalamnyer.. Emm.. ok gak aku pun dah lama tak balik kampung. Seawal 9pg kami bartolak dari Slim terus ke Kuala Kangsor. Perjalanan memakan masa 2 jam, standard bawak 100 kmj. Speed trap memang banyak wooo.. highway le katakan. Sampai pekan Kuala apa lagi terus pekena laksa & cendoi Kuala.. fuhhh... powerr.. Trip baik kampung kalinih disertai oleh Aku, Abah, Yat & Ayiq. Mancing kat kampung nih memang best sebab tak yah susah2 nak pikio pasal umpan. Sepupu aku Syahmi mamang pakar, perghh.. wa caya luu. kali ni kami guna buah sawit & yg paling power adalah dedak ramuan istimewa. Selepas solat Zohor kami kepot yg tak jauh, jeti belakang umah jer. Kat jeti nih memang famous, sebab kelah pernah di naikkan beberapa kali. Uhhh .. ada kelah ke hari nih, aku mula pasang angan2 ha..ha.. Air memang cantik sebab dah 4 hari tak ujan kat kampung nih, cuma air agak besar sedikit kira ok timing kami kali nih.




Laluan kejeti bersih & selesa.


jeti nelayan kampung. mancing kat sini memang selesa.


Buah kekabu banyak terdapat kat sini.



Diantara lubuk yang pernah menaikkan kelah. emmm..


Terbol Yat.



Sungai yg bersih & selesa. Aku salut kat owang2 kampung aku, sebab terus menjaga kazanah alam ygb dianugerahkan. Caye le..


Syahmi dgn terbolnya.


Terbol Syahmi lagi. Kira dia champion la pada trip nih.. Owang kampung lekatakan..


3 ekor ikan terbol. Masak tempoyak juadah makan malam kami urghh..


Hasil pada hari pertama. Setelah dikira 19 ekor kesemuanya. Terbol, lampam, rong & lain2.


Hari kedua ikan langsung tak nak menjamah umpan yg kami hulurkan. Hairan dari pagi sampai tgh hari ikan2 kecil je yg sudi manjamah umpan kami, tak cukup matang lagi ikan2 tu & dilepaskan kembali. Setelah 4 kali tukar pot hasil tetap sama, anak2 rong jer yg sudi so kita balikk!! Urghhh.. tension. Apa yg dapat aku simpulkan ialah sungai perak, terutama didaerah kampung aku ni masih terpelihara kualiti airnya & masih boleh dipancing ikan2nyer. InsyaAllah ada kelapangan & kena pada masanya team Slimver akan cuba mendapatkan kelahnyer.


Abah posing baik nyer..



Antara senjata tempur kami. Dasatt.. !! hu hu...


2 comments:

ichigo said...

salam bro..
kampung dkt kuala kangsar area mana ya,sebab teman orang kuale jugak..? boleh teman try joran teman yang dah lama tak digunakan ? teringin lak nak memancing sebab tengok air dan tempat memancing bro bersih...
kalau ada nak bagi info sent dekat email teman acetipex@gmail.com

Anonymous said...

salam. bole bg info x kat mn port ni. teman slalu jgak mancin kat sg kuala. kalo bole send email teman lces135@yahoo.com.my.

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.