.

Monday, January 04, 2010

Shimano GT-R



Shimano, nama peralatan mengail yg gah & tak asing bagi kaki2 kail seantero dunia. Di asaskan oleh Shozaburo Shimano yg bertapak di Jepun, pada taun 1921, adalah sebuah kilang besi yg menggeluarkan gear basikal. Pada taun 1970 shimano mula mengeluarkan peralatan memancing dengan tertubuhnya Fishing Tackle division. Sehingga kini shimano terus menguasai hampir 40% product peralatan memancing di Malaya, apabila terbinanya kilang di Mersing pada taun 1996. Selain di Malaya, banyak Principal Subsidiariesnya di serata dunia. Antara reel2 yg banyak dipasarkan di Malaya sekitar awal taun 90an adalah dari Korea & Singapore. Dimana Singapore adalah kilang pengeluaran product yg pertama di Asia selain Jepun sendiri yg ditubuhkan pada taun 1973. Nama2 seperti Bait Runner, Twin Power, Bio Master, Tiagra, Stellar, "uhhh.. mat2 gigging mesti teruja nyer" ...& lain2nya adalah reel berkualiti tinggi yg mesti ada dlm koleksi para peminat reel jenama dari negara matahari terbit ni. Kira top le si Mano nih huu... Kat bawah ni aku adele satu koleksi shimano, Principal Subsidiariesnya yg berkualiti tinggi.






Shimano Titanus Tomorrow GT-R 500. Keluaran taun 1988. Merupakan antara koleksi reel kesayangan aku.



Bukan kereta sja yg ada GT-R (Gran Turismo Racer) Shimano ni pun ada. Boleh follow. Huu.hu..



Body dibena daripada bahan graphite supaya ia ringan & tahan lasak. Aku dah jarang guna reel nih sebab sayang, cuma sesekali guna untuk casting saje. Sayang wooo..




GR-R 500 dgn kotak bungkusan, buku panduan pengguna & bunjut reel,masih tersimpan elok. uhhh.. jgn marah... haaaaa.



Ruang letak spool menampakkan Pinion shaft yg besar. GT-R le katakan, untuk racing jarak jauh tuuu..



Cuba peratikan perkataan shimano, ianya ditempa timbul pada penutup spool.Arghhh.. Memang cun..


Logo & nama pun timbul. uhh...tergoda dibuatnya.


Rear Drag system yg mudah dikendalikan.


Mesin yg baik dgn nisbah gear 5.2:1, ringan, kukuh & pengendalian yg mudah. Memang 5 star.


Made in Korea. Principal Subsidiares Shimano yg terbaik.

.

1 comment:

dean said...

Salan bossku...mau jual ker? Shimano gt-r 500 ni

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.