.

Sunday, January 10, 2010

Ujung Rintis 2



27 Desember 2009, Team Slimver yg terdiri daripada Abah, Yat, Ayiq & Yoi, sekali lagi ke Ujung Rintis untuk mencari sang jenggo. Trip kali ni aku tidak dapat turut serta oleh kerana ada urusan di Key El.. Almaklumlah isteri pun baru pas bersalin Uhhh..sabojeler. Trip kali ni diatur oleh Ayiq, 2 minggu lebih awal. Kebiasaan di Ujung Rintis tempahan bot memang macam goreng pisang panas . Full memanjang. Banyak cite2 yg menarik dari diaowang yg boleh dikongsi bersama. Perjalanan ke Ujung Rintis dimulakan seawal 6 pg & tiba di lokasi kul 7:45 pg. Seperti biasa tekong muda (Saiful) dah sedia menunggu. Menurut Saiful keadaan air pada hari tu tak berapa elok untuk mengail udang kerana air agak jernih, hairan juga?? tiap2 hari skang ujan pun air jernih?? Jarang air sungai Perak dibahagian hilir, sejernihni... Arghh..dunia2, semakit sukar ditafsirkan.. Emm..dalam air kita tak tau, klu ada rezeki, jernihke, kerohke, insyaAllah rezeki ditentukan tuhan. Kita layanler kisah2 & koleksi gambo2 menarik untuk trip Team Slimver kali nih..




Abah sempat bergambar di masjid jamek Kg Sungai Mangkuk sebelum sampai pengkalan Ujung Rintis.



Pengkalan Ujung Rintis, selesa & bersih. Syabas kepada persatuan nelayan disana kerana utamakan keselesaan.


Menuju lubok menyeberangi sungai perak yg luas. Enjoy..



Tungguuu...


Yat dengan hasil pertama.


Gemang 1.5 kg oleh Yoi.. Rekod tengkapan terberat untuk trip kali ini. Menurut Yoi Gemang nih nyaris2 je, maklumle guna tali kekuatan 8 paun. Sasaran utama si jenggo tapi sijanggut yg lahap.. rejekii.. Syabas Yoi kerana berjaya naikkan sijanggut.


Abah dgn jenggo pertamanya. Perhatikan panjang sepit si jenggo nih. Hampir 2 kaki. Uhhh..


Lagi sekor jenggo. Ok tu.. Kelihatan air pada aritu agak jernih. Haa..klu dah rezeki tak kemane.


Tangkapan terbaik jenggo 780 gram oleh Abah. Menurut Abah sepit biru sijenggo nih hampir 3 kaki!! Uhh.. sayang, gambar tak menampakkan sepitnya. (Perkara yg harus di ambil berat oleh jurufoto adalah kesempurnaan gambar). InsyaAllah team Slimver akan perbaikinya. Ujung Rintis sememangnya masih mempunyai stok udang galahnya yg terbaik. Team Slimver akan ke sana dalam waktu terdekat ini. Aku mesti turunn.. Mana leh tahan be..

Thursday, January 07, 2010

Slimver 2009



Salam ..Diawal taun 2010 ni aku belum ada sebarang rancangan mengail lagi, almaklumlah semua sibok dgn urusan masing2, so blum ada planing nak gi ngail. Sementara tu kat bawah ni aku postingkan antara koleksi gambar aktiviti mengail teem Slimver pada penghujung taun 2009 yang lepas. InsyaAllah kisah2 menariknya akan aku postingkan selepas ini.. Tunggu ler..

























Lokasi : Pulau Jemor, Jeram .S.L


Jenis Ikan: Gerepoh.

Berat Ikan: 2.6 Kg.

Kekili : Shimano Bait Runner

Tali : Maxima Ultra Green
30 Paun.

Umpan : Sotong Kurita.


























Lokasi : Ujung Rintis, P.K


Jenis : Udang Galah.

Berat : 780 Gram.

Kekili : Abu Cardinal.

Tali : Sufix 8 Paun.

Umpan : Perumpun.








Lokasi : Selat Kelang S.L


Jenis : Pari.

Berat : 2.5 Kg.

Kekili : Shimano Fx

Umpan : Udang








Lokasi : Tasik Kenyir T.G


Jenis : Sebarau.

Berat : 1.2 Kg.

Kekili : Okuma Titus

Umpan: Rapala Shad Rap








Lokasi : Tasik Kenyir T.G


Jenis : Kelah.

Berat : Purata 1-2 Kg.


Kekili : Peen.

Umpan : Sawit.

Monday, January 04, 2010

Shimano GT-R



Shimano, nama peralatan mengail yg gah & tak asing bagi kaki2 kail seantero dunia. Di asaskan oleh Shozaburo Shimano yg bertapak di Jepun, pada taun 1921, adalah sebuah kilang besi yg menggeluarkan gear basikal. Pada taun 1970 shimano mula mengeluarkan peralatan memancing dengan tertubuhnya Fishing Tackle division. Sehingga kini shimano terus menguasai hampir 40% product peralatan memancing di Malaya, apabila terbinanya kilang di Mersing pada taun 1996. Selain di Malaya, banyak Principal Subsidiariesnya di serata dunia. Antara reel2 yg banyak dipasarkan di Malaya sekitar awal taun 90an adalah dari Korea & Singapore. Dimana Singapore adalah kilang pengeluaran product yg pertama di Asia selain Jepun sendiri yg ditubuhkan pada taun 1973. Nama2 seperti Bait Runner, Twin Power, Bio Master, Tiagra, Stellar, "uhhh.. mat2 gigging mesti teruja nyer" ...& lain2nya adalah reel berkualiti tinggi yg mesti ada dlm koleksi para peminat reel jenama dari negara matahari terbit ni. Kira top le si Mano nih huu... Kat bawah ni aku adele satu koleksi shimano, Principal Subsidiariesnya yg berkualiti tinggi.






Shimano Titanus Tomorrow GT-R 500. Keluaran taun 1988. Merupakan antara koleksi reel kesayangan aku.



Bukan kereta sja yg ada GT-R (Gran Turismo Racer) Shimano ni pun ada. Boleh follow. Huu.hu..



Body dibena daripada bahan graphite supaya ia ringan & tahan lasak. Aku dah jarang guna reel nih sebab sayang, cuma sesekali guna untuk casting saje. Sayang wooo..




GR-R 500 dgn kotak bungkusan, buku panduan pengguna & bunjut reel,masih tersimpan elok. uhhh.. jgn marah... haaaaa.



Ruang letak spool menampakkan Pinion shaft yg besar. GT-R le katakan, untuk racing jarak jauh tuuu..



Cuba peratikan perkataan shimano, ianya ditempa timbul pada penutup spool.Arghhh.. Memang cun..


Logo & nama pun timbul. uhh...tergoda dibuatnya.


Rear Drag system yg mudah dikendalikan.


Mesin yg baik dgn nisbah gear 5.2:1, ringan, kukuh & pengendalian yg mudah. Memang 5 star.


Made in Korea. Principal Subsidiares Shimano yg terbaik.

.

Sunday, January 03, 2010

Olympic 101



Olympic, jenama yg reel mahsyur seawal taun 50an (mungkin awal lagi) hingga lewat 80an. Boleh dikatakan seangkatan dgn jenama DAM. Skang jenama ni dah pun lenyap kat kat muka bumi nih.. Company dah gulung tikar... sebab banyak persaingan gamaknye.. Reel ni aku dapat dari sowang kenalan kat Singapore. Kat sana memang banyak reel2 yg vintage boleh kita dapat. So kat bawah ni aku postingkanle salah satu koleksi reel olympic aku nih..





Olympic 101-vo Auto. Warna maroon kelabu.



Spool tempaan dari tembaga. Cun lagi beb...


Ruang enjin yg besar untuk prestasi yg maksima.



Penyambung handle jenis bunga yg bergaya dari stainlees steel



Ringkas & menarik. Uhhh.. terliur dibuatnye... Salah satu best collection aku.


Park sebelah nampak!!.


Actual size..



Made in Japang..

Friday, January 01, 2010

Daiwa old skool





Salam..di awal taun baru ni aku postingkan gewang Daiwa aku yg old skool. Aku jumpa kat kedai pancing di Klang. Belek punya belek, mata terpandang 2 kotak kuning kat dlm almari cermin yg tertera tulisan Daiwa... Huh.. barang lama, "kompom" terus tanya rega. Menurut tokey kedai pancing ni, gewang ni dah berusia 30 taun, maknanya ia di keluarkan sekitar taun 70an. Emmm...betulke!! Wallahuallam...Tapi yg pasti ia memang old skool..




Ditempa menggunakan bahan dari timah. Terdapat rekahan di bahagian tengah, almaklumlah usia dah 30 taun.



Logo & tulisan lama Daiwa.. Uhhh.. memang old skool.

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.