.

Sunday, March 21, 2010

MALANG 6 MARCH 2010




SEGALANYA DITENTUKAN ILAHI.. Betapapun kita sayang, betapapun kita jagai.. takdirnya akan lenyap dari kepunyaan kita.. maka dengan sekelip mata ianya berpindah milik. Bukan dijual, bukan menghadiahkan, bukan disedekahkan.. tetapi di curi...

Masyaallah.. maha suci Allah. Segalanya adalah ketetapan Ilahi, tiada satu pun yang boleh merubah ketetapan itu. Maka malam sabtu 6 march, rumah abah di Slim River, dipecah masuk oleh pencuri, penyangak, perampok.. urghhh.. Kejadian berlaku ketika abah & emak tiada dirumah, ke Saujana Putra di rumah Udin..

Pagi ahad abah dapat call dari jiran bahawa rumah kelihatan dipecah masuk. Bergegas pulang ke Slim dan sesungguhnya rumah telah dipecah masuk. Banyak barang yg hilang. takyah nak cita satu persatu, abis semua barang berharga diangkut sang perampok jahanam. Termasuklah 13 batang joran complete dengan reel berbagai jenis serta alat kelengkapan memancing. Huhh.. kaki kail ke perampok nihh?? Kerugian untuk barangan pancing sahaja hampir.. RM 2K.

Buat seketika nampaknya abah terpaksa berehat dulu dari aktiviti mengail.. emmm.. sememangnya kesabaran itu akan menguatkan lagi keimanan kita..



Hah.. 3 owang ni nanti aku upah untuk jadi jaga kat umah abah.. hehh..heh..


Untuk meredakan tension & menghappykan jiwa, jom layan lagu & penyanyi favourite abah. A RAMLIE.


2 comments:

Felicia F. Ramzi said...

aduh, kesian kat abah awak ...
sy faham sgt perasaan kehilangan joran tu..sebab sy pun hilang KESEMUA joran sy tahun lepas..
sgt marah sebab kita sayang kan harta kita tu..

semoga pencuri tersebut akan terkail mulutnya sendiri.. :P atau semoga pencuri tersebut tidak akan berjaya mendapat mana-mana ikan pun seumur idup sebab guna barang hasil curi..tak berkat!

mrLoose said...

amin...moga2 camtu

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.