.

Friday, June 17, 2011

Cardinal 3

.
.
Cardinal 3, permata hati pengerang jantung, abe2 pancing semua.. aaa.


NOS


RARE.. spicies terakhir di malaya.. diancam kepupusan gamaknyer ler.. dah tak jumpa kat mana2 kedai pancing, ah Cong ke, ah Pek ker & ah2 yg lainnyer...



Box set.. amacam ... hati dah tertawan? Rm 1500 net.

.

Tuesday, June 07, 2011

Keracunan ikan buntal

.


1. Bagaimana boleh terjadi keracunan ikan buntal?

Keracunan ikan buntal boleh terjadi apabila seseorang itu memakan ikan buntal atau hasilnya (seperti filet atau telor) yang telah dicemari racun. Terdapat segelintir masyarakat yang meminati ikan buntal atau hasilnya. Mereka lazimnya membeli ikan tersebut di pasaran atau memakan hidangan di restoran.


2. Adakah keracunan ikan buntal ini merbahaya?

Ikan buntal mengandungi racun yang menyerang saraf (neurotoxin) yang dipanggil tetrodotoxin. Maklumat saintifik menyatakan ikan buntal adalah haiwan kedua paling beracun selepas Golden Poison Frog dan 1.200 kali lebih keupayaan membunuh berbanding cyanida. Oleh kerana racun ini adalah sejenis neurotoxin, ia boleh menyebabkan kelumpuhan otot-otot penting seperti otot yang terlibat dalam proses pernafasan. Dan sekiranya ini berlaku, ianya boleh membawa maut.




3. Bagaimana ikan buntal boleh dicemari racun?

Memang tidak dinafikan ada orang yang memakan ikan buntal, tetapi tidak mengalami sebarang masalah. Di Jepun, masyarakatnya mempunyai hidangan istimewa ‘fugu’ dari sejenis ikan buntal. Di Korea pula, hidangan istimewa ikan buntal dinamakan ‘bok-uh’Di dalam ikan buntal, racun tetrodotoxin terdapat di kulit, telor(ovaries), hempedu, hati, usus dan kulit. Racun tetrodotoxin ini boleh mencemari isi ikan buntal sekiranya semasa proses menyiang ikan ini, bahagian-bahagian ikan yang mengandungi racun tersebut telah terluka/terpotong, ini menyebabkan racun tersebut terkena isi ikan.Oleh itu, penjual ikan buntal selalunya telah menyiang ikan ini terlebih dahulu dengan membuang kulit, kepala dan isi perut ikan. Hanya mereka yang mahir menyiang ikan buntal dengan kaedah yang betul dapat menyelamatkan isi ikan buntal dari dicemari racun tetrodotoxin ini. Di Negara Jepun misalnya, hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal ini. Proses memasak tidak memusnahkan racun ini kerana ianya tahan haba.



4. Apa tanda-tanda keracunan ikan buntal?

Gejala keracunan ikan buntal/hasilnya adalah berpunca dari gangguan toxin terhadap fungsi tubuh manusia. Seseorang yang memakan ikan buntal/hasilnya yang mengandungi racun akan mula mendapat gejala seawal 10 – 45 minit. Mereka akan mendapat kebas mulut dan lidah, mabuk (melayang-layang), pening, loya, muntah, lemah dan seterusnya kelumpuhan anggota, kesukaran bernafas dan boleh pengsan . Keterukan gejala yang dihadapi bergantung kepada jumlah racun yang telah dimakan dan mangsa boleh maut jika tidak dibantu.


5. Bagaimana keracunan ikan buntal dirawat?

Mereka yang mengalami keracunan ikan buntal dinasihatkan mendapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Racun tetrodotoxin ini tiada penawarnya, namun bantuan awal terhadap masalah yang dihadapi dapat segera memulihkan mangsa.Rawatan yang tidak khusus seperti tambahan air badan, menggeluarkan sisa makanan yang terdapat didalam perut serta bantuan pernafasan jika terdapat gangguan pernafasan dapat menyelamatkan mangsa.Lazimnya mangsa akan pulih sepenuhnya apabila semua gejala berakhir.




6 Dimana boleh didapati ikan buntal?

Terdapat bebagai jenis ikan buntal diperairan tepi pantai terutamanya dikawasan tropika. Sebahagian besar ikan ini sangat beracun dan sebahagian lagi dikatakan kurang beracun. Badan ikan buntal berbentuk bulat, tidak bersisik, pergerakannya perlahan didalam air dan akan mengembongkan badannya jika terancam. Ikan buntal yang sering ditangkap oleh nelayan Malaysia dinamakan Buntal Pisang. Nelayan atau ahli keluarga yang berpengalaman sahaja dibenarkan menyiang ikan buntal. Proses menyiang ikan buntal melibatkan proses menyiat kulit ikan yang tebal dan liat, mengeluarkan isi perut dan membuang kepala ikan tersebut. Sekiranya secara tidak sengaja isi perut ikan tersebut terpotong, lazimnya mereka akan membuang seluruh ikan tersebut bagi mengelakkan keracunan.Di Malaysia amnya, di Negeri Johor khasnya, sebahagian masyarakat meminati isi ikan buntal yang dikatakan sangat enak. Oleh kerana ada permintaan terhadap isi ikan buntal, maka penjualannya juga berlaku walau pun tidak berleluasa. Ikan buntal dijual dalam keadaan telah di siang tanpa kepala, kulit dan isi perut atau dalam bentuk fillet .

Nasihat kepaa orang awam, Pencemaran tetrodotoxin tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana tiada perubahan warna, bau dan bentuk terhadap isi ikan yang telah tercemar. Bagi mereka yang meminati fillet ikan buntal, mereka harus berhati-hati semasa menyiang ikan. Serahkan tugas tersebut kepada mereka yang mahir sahaja.Sekiranya mereka terpaksa membeli ikan dipasaran, dapatkan bekalan dari mereka yang dipercayai. Kejujuran mereka yang menyiang ikan buntal ini sangat-sangat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.Sekiranya tanpa disedari seseorang itu telah dihidangkan hidangan ikan buntal, dan mengalami gejala keracunan seperti yang telah dinyatakan, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Pihak klinik/hospital perlu melaporkan kejadian keracunan ini kepada mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah.

Disediakan oleh:

Dr Fatimah Othman
KPP Epidemiologi
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.


Saturday, May 14, 2011

seiko 6309 - 7040

.


Seiko 6309 - 7040 turtle antara koleksi musti ada pada peminat2 jam, terutama peminat jenama seiko diver, kira koleksi wajib nihh.. musti mau ada seketol ..ooo..




6309 @ turtle aku ni dah berusia 30 taun. bayangkan, dah berkhidmat begitu lama & sampai kat tangan aku, tak tau tuan empunya yang keberapa., masih cemerlang




jam kelihatan menarik kalu di gayakan dengan tali kulit, aku lebih suka tali kulit sabab nampak menarik dan machoo.. walaweyy... alaa.. lagi pon bukannyer nak pi diver pon.




pakai pi melaram memang sesuai, lebih2 lagi pakai pi kenduri kawin.. uuhh.. hensennyer... hu..huu..




reka bentuk unik taun 70an. mempunyai kelas tersendiri. mantopp..





uhh.. tengok tu, mencangkam erat pergelangan tangan nun.. memang
diver yang selesa di pakai. machoo nyerr.. eeee..



kalau masih di keluarkan model 6309 ni. aku rasa kepopularitiannyer tak akn sampai ketahap nih... dah kira raree.. pada yang belum merasai penangan diver 6309 @ turtle ni, ape lagi.. rajin2ler belek2 blog member2 horologi.. kut2 ada turtle yang nak di lepaskan.


Tuesday, May 10, 2011

SEIKO ..


.



Haaa... nin.. dia, seiko. ??0?
akan tibe menggempokan seluruh kampong .. pisang... haaaaa...aa



aikk.... ape hey.. yer ninja turtle nee...!!




Saturday, April 30, 2011

Seiko 7002 ( Sold )

...


Wajah anggun 7002




bertambah2 ler anggunnyer apabila berpaut pada leather trap nun. uuuu..



lagiler anggun kalu melekat ditangan. uuhhh..




bersimpuh rapi menanti pinangan, wajah berseri jadi idaman.. adusss.. ayatt...











pergerakan jam sangat sempurna & sangat baik, enjin baru pas service.



buyer : en Karim, n 9


Thursday, April 07, 2011

Ubur-ubur ( jelly fish )





Kita seringkali terdengar tentang bahaya sengatan obor-obor. Obor terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang beracun dan ada yang tidak. Obor-obor yang beracun pula, ada antaranya yang bisanya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.



Obor-obor melakukan sengatan berbisa melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.




Masa serangan obor-obor:

1. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
2. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
3. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
4. Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.


Rawatan

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.
Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.



.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.