.

Thursday, April 07, 2011

Ubur-ubur ( jelly fish )





Kita seringkali terdengar tentang bahaya sengatan obor-obor. Obor terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang beracun dan ada yang tidak. Obor-obor yang beracun pula, ada antaranya yang bisanya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.



Obor-obor melakukan sengatan berbisa melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.




Masa serangan obor-obor:

1. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
2. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
3. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
4. Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.


Rawatan

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.
Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.



1 comment:

duniajam said...

Aku pernah kena bro.. 3 hari masuk wad. Seminggu baru pulih.... serik! Huhu....

.
.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2016
.