.

Saturday, April 30, 2011

Seiko 7002 ( Sold )

...


Wajah anggun 7002




bertambah2 ler anggunnyer apabila berpaut pada leather trap nun. uuuu..



lagiler anggun kalu melekat ditangan. uuhhh..




bersimpuh rapi menanti pinangan, wajah berseri jadi idaman.. adusss.. ayatt...











pergerakan jam sangat sempurna & sangat baik, enjin baru pas service.



buyer : en Karim, n 9


Thursday, April 07, 2011

Ubur-ubur ( jelly fish )





Kita seringkali terdengar tentang bahaya sengatan obor-obor. Obor terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang beracun dan ada yang tidak. Obor-obor yang beracun pula, ada antaranya yang bisanya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.



Obor-obor melakukan sengatan berbisa melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Chironex fleckeri, dikenal pasti sebagai paling berbisa, berupaya menyebabkan kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesis Physalia pula biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan dan mengakibatkan kematian sekiranya mangsa lemas.




Masa serangan obor-obor:

1. Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air.
2. Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia.
3. Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak.
4. Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah.


Rawatan

Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.
Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan.



Tuesday, April 05, 2011

Kelisa @ Arowana !!








PEMELIHARAAN spesies arowana sering mendapat perhatian ramai yang menyifatkan spesies ini memiliki keunikan tersendiri serta warnanya yang terang mampu menarik perhatian penggemarnya.Namun begitu, perlu diingatkan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menyediakan tempat yang selesa bagai pemeliharaan spesies ini selain saiz akuarium yang sesuai, sekurang-kurang tiga kali saiz ikan itu, tumbuhan yang diletakkan, kebersihan serta peralatan penapisan sesuai.Faktor penting ialah tahap pH air pada bacaan 6.0 - 7.0 untuk memastikan ia berada dalam keadaan masam sesuai dengan habitat ikan pada keadaan asalnya di kawasan air tawar.

Selain itu, suhu air juga perlu dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah selcius dan perlu dielakkan daripada perubahan suhu mendadak kerana ia boleh menjadi kejutan pada ikan yang boleh mengakibatkan kematian.Suhu tinggi boleh menyebabkan bahagian penutup insan bergulung atau terangkat ke atas dan ini pasti mengganggu keselesaan ikan dan sekali gus mampu menjejaskan tahap kesihatannya.

Arowana antara spesies yang mengeluarkan kotoran mampu mencemar air kerana toksid yang dikeluarkan mengandungi nitrogen tinggi menyebabkan kandungan amonia dan nitrat turut meningkat.Oleh itu, sistem penapisan yang baik diperlukan untuk menjamin tahap kebersihan dan pencemaran air dapat dikekalkan, manakala air perlu diganti setiap minggu pada kadar 25 hingga 30 % bagi setiap kali penukaran air.



Anda juga boleh mengganti air dua kali seminggu pada tahap 20 % bagi setiap gantian dan pastikan tahap pH serta air turut dikekalkan dlm proses penukaran itu untuk memastikan tidak berlaku kejutan terhadap ikan. Kegagalan utk mengekalkan tahap suhu air dan pH ketika proses penukaran air sering menjadi punca keadaan tidak selesa pada ikan, akhirnya akan menyebabkan ikan kesayangan anda mudah mati.


Monday, November 01, 2010

Citizen



Citizen code nombor Np 4009- 54 e, made in Japan. Jam ni aku nak lepaskan dgn rega Rm 600.00 net. Untuk peminat2 jam Citizen sajer... haaa.haaa... Nanti aku boh gambo cek citi ni banyak2. Untuk ketika ni kowang layan je ler 2 gambo kat bawah ne....







Features of this watch

  • Automatic movement
  • Mineral glass
  • Stainless steel
  • WR100/10bar
  • See through case back
  • Day & date
  • Push button buckle
  • Screw case back

Sunday, October 24, 2010

Berbisa & beracun



Stone Fish
Ikan ini mungkin antara yang terhodoh tetapi ianya adalah antara ikan paling berbisa di dalam dunia.Jika terpijak durinya kemungkinan kaki mangsa terpaksa dipotong. Bisanya akan menjadikan anggota mangsa lumpuh dan tisu-tisu anggota tersebut akan mati dan jika tidak diberi rawatan segera dalam tempoh beberapa jam kemungkinan mangsa akan maut.
Ikan ini ditemui di perairan cetek di Lautan Pasifik.




Fugu Pufferfish
Ikan Fugu/Fuku dalam bahasa Jepun ini adalah hidangan makanan laut yang terkenal di Jepun dan Korea tetapi masalahnya spesis ini adalah antara paling beracun di dunia.Hidangan ikan buntar ini hanya boleh disediakan di restoran tertentu dengan chef bertauliah sahaja.



Racun dari ikan ini akan menyebabkan mangsa kebas di mulut dan bibir, pening, muntah-muntah, degupan jantung yang kencang, sukar bernafas dan lumpuh anggota badan.Kebanyakan mangsa akan maut selepas 24jam. Statistik menunjukkan 20 kematian daripada 44 kes dari tahun 1996 sehingga 2006, dan semua kes adalah di Jepun.


hah... brader2 kail, berhati2 lah semasa turun kelaut... @ mata kail anda terlekat ikan2 yang tersenarai kat atas tu...


Friday, October 15, 2010

1 juta !!!



1 JUTA
US Dollar
Gewang!!!





Sanggupkah anda menggunakan Gewang ini yang berharga 1 Juta daripada MacDaddy's Fishing Lures ini yang diperbuat daripada 100 karat berlian ( 4,753 biji ) dan 18 karat emas dan sepanjang 30cm ini.



Antara produk lain daripada Macdaddy's Fishing Lures yang diperbuat daripada 14 karat emas.

FUHHHH...!!! Giloo...


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.