.

Monday, January 13, 2014

SRP 497K1


.
Tiada apa yg menarik pada model terbaru Seiko ini, di adaptasi dari model Stargate sebelumnya dan di ubah rupa pada dail serta marker yg kecil sedikit tidak memberi banyak kelainan. Cuma di banggakan ia menggunakan engine baru 4r36 tidak lagi 7s36.


 Jarum minit & saat memang terbaik walaupun dari model Sumo, nampak gagah dengan hands yg dempak. memang ini ciri2 jam yg aku suka, hands besorr.. Bezel mengekalkan bentuk lama, sebenornye aku kurang minat dengan rupa bezel yg cam ni.. tapi.. oren dail tu yg mempengaruhi napsu untuk memilikinya.



Satu tambahan yg istimewa untuk model ini adalah cycloop pd cermin jam, menjadikan ia sedikit kelainan dari seiko divers yg lainnya. Jam nampak eksklusif dengan cycloop.



Spesifikasi:
Model SRP 497k1
Caliber Auto 4r36 fungsi kunci & hacking.
Screwdown Crown
Hardlex Crystal
Dimensions:
Diameter 44mm across
Lug width 22mm
Lug to Lug distance 50mm


Keseluruhan model baru Seiko divers ini memuaskan hati juga. Oleh kerana aku memburu jam yg berdail oren, Alhamdulilah satu lg seiko orange utuk peti simpanan jam..

.

Tuesday, November 19, 2013

Tuna..

.
Penutup 2013 dengan Tuna 300m. Pencarian berakhir setelah hampir 7 bulan memburu model 7549-7010. Model vintage awal 80an ini memang dalam senarai pemburuan aku untuk tahun ni. Syukur Alhamdulilah tercapai. fuhh.. puas...!!



Kini dipergelangan tangan, model igauan & buruan bagi peminat2 jenama Seiko khusunya untuk katogeri Vintage Tuna Divers.



Dail mulus tertera pekatan, Seiko Quartz Professional 300m, dengan tulisan Kanji pada penunjuk hari & yg paling istimewa symbol Suwa pada hujung tetinkap day -date meyerlahkan lagi gaya jam ini.



Reka bentuk yg membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk memilikinya.. Design yg paling inovatif pada awal tahun 80an, & sehingga kini ia terus diterima, terutama bagi kolektor2 tegar Seiko.



Solid & mantap itulah pekataan untuk menggambarkan perasaan untuk tuna ini. Dengan dibaluti oleh shroud pada sisi jam & dengan cermin cembung 2 lapisan menambahkan lagi wow...!! untuk jam ini.



Alhamdulillah.. koleksi terbaru untuk peti simpanam jam.. & penutup pencarian 2013.



Detail spec:
-Screw down crown
-The stain finished stainless surround 49mm x 45mm
-Rotating bezel freely
-7459 high quality Quartz movement
-Analog Quartz Caliber 7549
-HACK feature
Anti magnatic 4,800 a/M (60 gauss based on JIS-ISO standard & Anti Shock

.

Saturday, August 03, 2013

Diver's Most Wanted..





 Landmonster.. SNM 035 & 037


 Baby Tuna.. SRP 233 & 227


 Bullet.. SKXA 53 & 55


 Sumo.. SBDC001 & 005


 Spork.. SRP043K1


 Monster.. SKX 781


 Bond.. SKX011J



 Hahh... yang ni Rembau Most Wanted.. Yaww..!!





Wednesday, July 10, 2013

Puasa..



 Salam Ramadhan..

 

Selamat menyambut Ramadhan kepada rakan rakan semua.semoga kehadiran nya akan menambahkan lagi takwa kepada Allah swt.








Monday, July 08, 2013

Orange.. SEIKO MONSTER


.
The Orange dail..best collection.


 Seiko orange dial yg terindah.. bawah, Frankenmonster, tengah, Landmonster & atas, Monster..


Arts sikit, kasi sedap mata memandang..


Trio Japanese Brand, atas Seiko Skx011j, tengah Aba wave & Orient Mako.


The FrankenMonster.. SKZ249K2. 
https://www.facebook.com/fahmi.iskandar.752



Moh..!!  layan lagu yg terindahh..



.


Wednesday, May 29, 2013

D.I.Y

.


 Order item dah selamat sampai..Order direct dari Jepon oleh Tong Sia. hah  projek, do it my self..




 O ring, bezel spring & bezel, Seiko genuine watch parts.. kali ni nak try buat sendiri, sebab aku rasa mudah kerana tak melibatkan bahagian dalam yg lebih rumit..



 mangsanya adalah landmonster.. kecederaan yg dialami ialah bezel lose ( longgar ).. pastu jadi ketat terus takleh pusing.. haaa.barang da sampai.. siap koo..!!



 keadaan jam setalah di keluarkan bezel.. uhh hudohnyee..!!



 ha itu dia masalahnye, bezel spring dah patah satu site, tu sabab bezel longgar.. ooo... patut laa.. !! gambo atas dlm bulatan.



 ni alat yg penting untuk rawatan penyakit nih..case back press haa.. kalu tadak alatni tak boleh, sebab bukan senang nak masukkan bezel ketempat asalnya.. ketat broo..!!


 D.I.Y cuma 5 minit.. hasil memuaskan.. suksess.. yuhuu..bejayoo..!!



 emmm.. dah jimat 20 hengget.. yea..yea..!! sok leh beli tali jam baru...!! haa.haa.



do it my self yang bebaloi baloii...emmm pasni kalu ada kecederaan kecil pada jam aku, insyaAllah, im doing by my self.. dah kompiden.. hehh..hehh..!!


.

Friday, May 17, 2013

Bullhead..!!

.



Seiko Bullhead.. salah satu koleksi wajib para peminat @ pengumpul jam seiko vintage.. kalu takda model ni memang tak sah.. bertempat di Amcop 3 minggu lepas aku bertemu dgan penternak bullhead ni.. mr Liau..bukan1 atau2 dibawa, tapi 8 ketul besi lama ni di bawanya.. ha.. amik kauu..


Bullhead wooo... banyaknyer,,!! amacam kira ini tokey.. kira kilo ke kira kepala..?


Kira ekorla.. haa..haa..


 ehh... senyum nampak..tokey... mr Liau boleh digelar king of retro seiko... bukan sahaja bulhead tapi banyak lagi koleksi vintage seiko kat dia ni.


  Kepala kerbau.. untuk dipinang... hantarannyer... rm1+++.  ha.. kalu nak harga terbaik tanya tokey..


  dibelek2.. diusap2... dihembus2...


dan...
 

akhirnya... yang ni aku bawa balik.. all genuine.. untuk santapan nurani... huu..huu.. power.!!
.

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.