.

Sunday, April 04, 2010

Seiko 4R15



Seiko,
bernombor pendaftaran SRP 043 K1. Berkuasa kuda 4R15, mampu bergerak tampa makan-minum selama 4 hari berturut2.. Mampu membuat terjunan backstrok sehingga 200 meter . haa .. setakat kena air hujan, basuh pinggan mangkok 2 hari tampa henti, takde halnyer cik Bedah ooii.. maaf cik Bedah diver ni tak sesuai untuk cik Bedah ye..heh..hehh.. jangan marah.. aaa.. Pada pendapat peribadi aku Seiko diver ni benar2 menampakkan kegagahannyer & maskulin.. haaa . Otai2 jam mesti setuju ngan aku kan?? ok jom syok2 layan posing aksi2 gagah, si diver 4R15 ni.




Diver sejati gagah perkasa. Dail besar & terang ughh.. mantop..



Logo ombak tsunami besar.


Dipacu oleh kuasa kuda 4R15.. ada berani..





Nahh... aksi2 seksi dikapet merah .. aduhh bisa mencairkan jiwa2 yang sedang bergelora.. hufff ....



Crown & bazel segak bergaya.. amik koo.. besar nyer crown..



Solid stainless steel Bracelet.


kombinasi bazel & casing ... Cun...



Berat tak sampai 1kg pon.. tapi kalau dah dipergelangan tangan memang terasa berat & padat.



Lumi sangat2 tidak mengecewakan ughhh.. mabbless.. bravoo...


Detail
  • Seiko Skuba Divers Automatic SRP 043 K1
  • Type : Diver
  • Movement : Automatic 21 jewels
  • Calibre : 4R15
  • Model : SRP 043 K1
  • Crystal : Hardlex
  • Bazel : Unidirectional
  • Case : Stainless steel with screw down crown
  • Case diameter : 50mm with crown
  • Case thickness : 14mm
  • Water resistance : 200 meters
  • Braceet width : 20mm
  • Bracelet/Strap : Solid stainless steel with wetsuit extansion

Saturday, April 03, 2010

New Home





Alhamdulillah.. akhirnyer kunci rumah baruku telah diterima pada 30hb march lalu, Setalah hampir 8 bulan melalui proses permohonan. uuu... lama tuu.. yang disebabkan oleh masaalah penilaian semula (valuation) , almaklumler rumah dah setaun siap banyakler kerenahnyer & bermacam dokumen ler yang aku kena sain ..emm.. Buat seketika aktiviti mengail terpaksale aku tangguhkan dulu, oleh kerana aku sibuk dengan urusan rumah baru... uuu.. Banyak keje kena buat almaklumlah nak pindah.. ubah sana, ubah sini, macam2 ler.


Lokasi Taman Tasik Biru Kundang. aaa.. tasik??? boleh mancing hari2!! huu..hu..



Untuk seketika jom layan video clip & lagu best.. relek..




Wednesday, March 31, 2010

Merchong



TEAM SLIMVER
, Yoi & the gang, ke perairan Merchong Rompin Pahang baru2 ni.
Berikut adalah catatan dari Yoi.

salam,

pada 25-27 mac satu trip cabaran untuk memburu tenggiri/barakuda di perairan merchong, rompin, seramai 5 org pemancing yg trdiri dpd kwn2 pejabat bkemahiran & berpengalamn tentang selok belok disini, terletak 30km dari pekan Rompin kami tiba pada 1.30pg dan bermalam di chalet bhampiran gan jeti merchong, pada jam 8pg selapas sarapan bot mula bgerak sblm air surut, angin agak kuat jugak, ombak pun blh tahan, tp sblm tu telan 2 pil anti mabuk ia agak bkesan shingga selesai trip prtama.

hasil yang berjaya dinaikan pada hari pertama

- barakuda lingkungan berat 7-10kg - 2 ekor
- haruan tasik-12kg - 1 ekor
- kerapu bara - 2kg - 1 ekor
- kerapu - 400g -1.5kg - 2ekor
- lain2 speis ikan kuning, tanda, anak kerapu - 8 ekor

umpan - ikan tangkol, udang hidup dan rapala jenis halco 3M khas utk tenggiri dan barakuda, appollo

hasil yang berjaya dinaikan pada hari kedua

- barakuda berat 5-12kg - 4 ekor, tlepas 4 ekor
- ebek - 12kg - 1 ekor (berjaya), tlepas 1 ekor
- ikan pisang 1kg - 1 ekor
- lain2 spesis ikan kuning,tanda - 7ekor

umpan - ikan tangkol, udang hidup dan rapala jenis halco 3M khas utk tenggiri dan barakuda, appollo



















kos

bot 1 hari - RM 500.00
chalet 1 malam - RM50.00


Saturday, March 27, 2010

SEIKO ATLAS



SEIKO ATLAS
, model number SKZ 211K. Seiko 5 sport automatic 23 jewels, 200m water resistant. Dipacu oleh enjin 7s36. Mempunyai dail berwarna itam, jarum berwarna kuning, build in compas.. uhh.. apa lagi?? hardlex crystal, stainles steel case & bracelet. Aduhh.. bisa menggoncang jiwa2 yang tenang.. heh.heh.. untuk syok2 tengok gambar, jom layan Seiko Atlas nihh



Dua posing menarik si Atlas nihh.. aku syok tengok bazel dia, cantik woo..



Nahh... tak puas lagi?? layan yang camni plak erkk..


Case back, tertera perkataan Seiko 5 Sport



Berposing di kapet merah pula. Sabarlah wahai jiwa2 yang tenang..


Kombinasi hebat pencipta, muka dail walau nampak semak tapi simple, hebat & mudah dibaca .. cantikkk... aku suka.. uuuwahh..



Cun cunn..punyer. Compas didalam boleh digerakkan pada crown di nombor 9 manakala date & day pada crown nombor 4.



Kombinasi casing & bazel memang menarik..




Lume yang boleh diharap apabila berada di kawasan gelap gulita. uhh.. boleh bawa ronda2 malam minggu nih..


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.