.

Thursday, September 30, 2010

Berbisa & Beracun ( part 1 )


Pemenang pertama haiwan air yang paling berbisa jatuh kepada Box Jellyfish. Sejak dari tahun 1954 seramai 5,567 orang dilaporkan mati akibat spesis obor-obor ini.Racun dari spesis ini antara paling berbahaya di dalam dunia. Racun atau toxinnya akan menyerang jantung, sistem saraf dan sel-sel kulit. Paling menakutkan jika terkena toxinnya, mangsa akan mengalami kesakitan yang amat perit, kekejangan dan jantung gagal berfungsi dan mati sebelum mangsa sampai ke pantai. Mangsa yang terselamat pun akan menderita kasakitan selama berminggu-minggu.
Mangsa sengatan hanya akan terselamat jika diberi rawatan serta-merta iaitu sebelum 30saat, iaitu dengan meletakkan cuka di luka sengatan. Ini adalah kerana cuka mengandungi asid asetik yang dapat menyekat toxin daripada memasuki saluran darah mangsa.
Box Jellyfish ini selalunya ditemui di perairan Asia dan Australia.





Blue-Ringed Octopus ini hanya bersaiz bola golf tetapi bisanya boleh membunuh manusia.Toxin bagi seekor spesis ini boleh membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit dan sehingga sekarang tidak ada antidot/penawar.
Sengatannya tidak mendatangkan kesakitan tetapi toxinnya bertindak pantas dengan melemahkan otot-otot,badan menjadi kebas, kesukaran bernafas dan akhirnya membawa maut.
Spesis ini banyak ditemui di perairan lautan pasifik dari Jepun ke Australia.


3 comments:

duniajam said...

Aku pernah kena obor2 masa tahun 2005. Sampai sekarang aku agak fobia nak mandi laut sebab disebabkan makhluk halus tu, aku masuk wad 3 hari. Model putih kalau kena ada yg cakap tak gatal & kalau gatal pun sikit ja....

... tp aku kena model kuning..... hadoi.... hanya tuhan yg tau...... Sampai sekrang kesan kena obor2 tu masih lekat di tangan....

TIMEasitis said...

obor obor...sedap di makan...tapi membawa maut....kalau kena sengat...

takut gak aku dgn spesis nie...lepas nie kalau ke laut mahu fikir dua tiga kali

zalizalu said...

pernah kena obor2 masa mandi kat pantai... akibatnya, demam...

.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.