.

Tuesday, October 05, 2010

Ciptaan Maha Agung...


'Pelik Tapi Benar', itu ungkapan yang sesuai digambarkan bagi senarai beberapa hidupan air di bawah ini yang mendiami perairan di bumi ini. Dengan bentuk dan rupa yang tidak pernah dibayangkan oleh kita membuktikan ciptaan yang maha agung, tuhan yang maha esa Allah ( S.W.T ).



Cartilaginous Fish


Chimaeras( Ghost Shark)


Colossal Squid


Dragon Fish


Fangtooths Fish


Grenadiers Fish


Hand Fish


Megamouth Shark


OarFish


Pelican Eel


Sea Robin



Viper Fish


SubhanAllah...


Thursday, September 30, 2010

Berbisa & Beracun ( part 1 )


Pemenang pertama haiwan air yang paling berbisa jatuh kepada Box Jellyfish. Sejak dari tahun 1954 seramai 5,567 orang dilaporkan mati akibat spesis obor-obor ini.Racun dari spesis ini antara paling berbahaya di dalam dunia. Racun atau toxinnya akan menyerang jantung, sistem saraf dan sel-sel kulit. Paling menakutkan jika terkena toxinnya, mangsa akan mengalami kesakitan yang amat perit, kekejangan dan jantung gagal berfungsi dan mati sebelum mangsa sampai ke pantai. Mangsa yang terselamat pun akan menderita kasakitan selama berminggu-minggu.
Mangsa sengatan hanya akan terselamat jika diberi rawatan serta-merta iaitu sebelum 30saat, iaitu dengan meletakkan cuka di luka sengatan. Ini adalah kerana cuka mengandungi asid asetik yang dapat menyekat toxin daripada memasuki saluran darah mangsa.
Box Jellyfish ini selalunya ditemui di perairan Asia dan Australia.





Blue-Ringed Octopus ini hanya bersaiz bola golf tetapi bisanya boleh membunuh manusia.Toxin bagi seekor spesis ini boleh membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit dan sehingga sekarang tidak ada antidot/penawar.
Sengatannya tidak mendatangkan kesakitan tetapi toxinnya bertindak pantas dengan melemahkan otot-otot,badan menjadi kebas, kesukaran bernafas dan akhirnya membawa maut.
Spesis ini banyak ditemui di perairan lautan pasifik dari Jepun ke Australia.


Friday, September 17, 2010

Reel Otai...



Haahh... cuba kowang teka ler reel ape... ??




brass gold plated handle ?, green body ?, alloy spool ?..... nanti aku preview. uhhh.. dasat... reel nih..


Sunday, August 22, 2010

Wings

vokal terbaik Mus.. Power...







ni lagi satu layan.. sentimentoll...


Sunday, June 06, 2010

Kelah Sungai Slim



4hb Jun 2010
, Abah memperolehi seekor kelah di Sungai Slim. Kelah anggaran 700 gram berjaya diperolehi di satu lubok yang tak diduga.. haa.. lepas ni boleh try cuba test lagi kat lubok nih.. huu.. Sungai Slim memang ada Kelah, tapi nak memperolehinya uhh.. sukar.. sebab sifat kelah yang memang sensitif, memperolehinya satu kejayaan & kebanggaan ler.. pas nih aku akan kelubok tu.. mencuba nasib... tapi satu yang perlu dilakukan semasa mengendap kelah. perlu senyap... umpan yang sesuai set joran yang sesuai, kalau ada kelah dikawasan itu insyaallah bolehlah bertarung dengannya... kepada kaki pancing yang belum merasa rembatan sang kelah ...heh cubaler...




nin dia kelah Sungai Slim. Masak gulai tempoyak sodappp...


Lubok some way ? klu didedahkan uhhh.. abih anak pinak ikan ni...


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.