.

Monday, February 15, 2010

Prospin GS-900RD


Haaah... Daiwa kat bawah nih aku perolehi kat kedai pancing di kampung aku. Sambil2 meninjau barang2 pancing kat kedai tokey Tony yang semak, almaklumlah kedai kecik tapi barangnyer betimbun2 terpandang satu kotak warna ijau bertulis Daiwa Prospin GS-900RD, fuhhh..old skool..nih ...terus suruh tokey amik, "wa mau tengok tokey, cepat kasi tulun itu kotak warena ijau" terus keluar sleng cino aku hu..huu... Setelah di buka woww.. memang old skool reel nih. Menurut tokey Tony yang kira old skool ler jugak heee.. reel ni keluaran taun 1988, masa kat kedai lama di sebarang jalan nun lagi, dah ada dah, tak silap dia, dia order 3 unit Daiwa model nih.. uhh.. tajam lagi ingatan tokey nih.. Setelah bertepung tawar ngan tokey Tony, aku pon dengan banggernyer menjingjinglah beg plastik warna itam yang berisikan Daiwa Prospin GS-900RD, fulamakk... memang hobi aku menggumpul reel2 yang old skool nih, & bertambah satu lagi koleksi reel Daiwa lama aku.. "Uncle Tony nanti wa latang lu punya kedai lagi, sebab ale lagi reel2 old skool kat kedai lu.." Kepada peminat2 reel Daiwa tu, kat bawah nih kowang layanler posting2 maut Daiwa Prospin GS-900RD.. Layan...






Daiwa Prospin GS-900RD.. Hitam Silver.. Body cast iron. Nanti aku test drive reel kat Sungai Perak cari Kelah, huu.huu..



Drag dibahagian belakang yang mudah dikendalikan..


Push button.


Hook up with Engineered Tackle a Quality Product.... kowang baca lerr sndiri. hehh.hehh...



Part yang paling aku syok kat reel ni, spool dia, cantik woo.. siap corak batik tuu.. Styloo..


Shaft... besar & kukuh..



Salah satu ciri2 reel yang old skool, pemegang handle dari pada kayu..


Semestinyer made in Japang..





Daiwa Prospin GS-900RD dengan kotok bunggkusan, bunjut reel, user manual & minyak pelincir, dalam keadaan baik woo.. tima kasih tokey Tony sebab tolong cimpankan wa Daiwa nih.. hee..hee.


Bukan water colour, reel oil.. Semua reel Daiwa taun 80an disediakan dengan reel oil yang cam gini.. old skool...



Memang semak kedai Uncle ni.. Kebanyakan barang2 kat sini semua brand2 nyer..
"wa ingat lu bikin pasalaya busat, balu senang olang mau cali balang wo..."

Friday, February 12, 2010

ORIENT MAKO

Orient Mako offer RM SoLD, Diver 200 meter.





Berposing di bantal empuk..


Bracelet stainless steel ori.


100% tiada calar.




cunn.. condition new.

Friday, February 05, 2010

Sungai Perak 2



Salam,
lama gak aku tak entry pasal aktiviti memancing. emm... kan pe aku lama tak turun mancing, sibok ngan urusan keje sampai takde masa untuk memikul batang kail nih..hu.huu.... 1 hb yang lalu Yat & the gang (puncak niaga) turun ke sungai Perak.. dalam usaha mendapatkan kelah nyer.. perghh.. tinggi tul harapan kowang.. InsyaAllah usaha tangga kejayaan. Kat bawah ni, kiriman gambo diri team slimver, Yat, dalam usahanya untuk menburu Kelah sungai Perak.


Yat & da gang.. Abah pon ade..


Senjata tempur.. M 16, Ak 49.. erkk.. siap ko si kelah..


Iniler kelah idaman kaki2 kail di daerah kampung aku ni . Kelah sungai Perak 3.5 kg oleh Len baru2 ni. uhhh.. Nanti aku akan cuba dapakan cite dari Bro Len, mengenai kelah yang beliau jinakkan ni..



lets goonn..



Lubok cantik, air cantik tapi kelah takde..


Percantuman sungai Perak & sungai Perlus. Lubuk terbaik sang kelah.




Mancing kat sini memang selesa. Bawa anak bini bekelah pon sesuai. kawasan lapang & bersih, cuma kalu bawa anak kecik kena di peratikan, alamaklumlah sungai ..!! macam2 leh berlaku.


Lampam..


Lampam lagi..


Selamjeler kita cari kelah kat ner.. hak.hakk..


Walaupun tak berjaya lagi untuk menaikkan kelah, tapi enjoy.




Lampam mendominasi tangkapan kali ni. Syukurr rezeki..

Wednesday, February 03, 2010

Olympic Midget



Olympic Midget No 4 UL
, satu lagi reel untuk kegunaan pool fishing keluaran taun 80an. Koleksi yg aku perolehi dari seorang teman di Singapore. Untuk tatapan semua, kat bawah ni antara possing2 menarik Oympic Midget nihh.. yang sempat aku snap.. hak..hakk..



Kecil & menawan. Lentok..



Perkataan Olympic tempaan timbul. emmm.


Ruang simpanan tali kira luas gak. Syok untuk pancing udang galah nihh...



Dah kira retro ler..




Midget No 4 UL. bermaksud ultra light no 4.


Salah satu best collection aku. Olympic Midget. Cantik klu dipasangkan dengan Daiwa Coronet, letak kat lemari cermin perhiasan aku. perghhh..


.

.
SEGALA MAKLUMAT TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR/FOTO/ ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. MANA-MANA BAHAGIAN DALAM BLOG INI TIDAK BOLEH DIAMBIL, DIULANG SIAR, DICETAK, DIGUNAKAN, DISIMPAN DALAM BENTUK ELEKTRONIK, FOTOKOPI, DIGITAL, MEKANIKAL, RAKAMAN, BERCETAK, ATAUPUN LAIN-LAIN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PENULIS. HARAP MAKLUM !!.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2023
.